Trip hiking Coral Hill, Cameron Highland- Januari 2022




Perjalanan  bermula dari pukul 4 pagi tepat dari rumah kami. Kami ikut highway guthrie ke rawang dan keluar ke highway untuk ke utara. Tujuan untuk ke exit Simpang Pulai. Berhenti di Tapah untuk tandas, dan solat subuh di UTC Gopeng, atau hentian Gopeng. 

Bekal aku bawa roti sosej



dan lasagna roti 








Ini area hentian gopeng. Berhenti untuk solat subuh. Ada UTCada Mydin kat situ.Tapi pagi buta manalah buka kan. Ok kami teruskan perjalanan ke exit simpang pulai. Masih gelap disitu. Masa mula naik pon masih gelap di Pos Slim tu. Aku tertidur. Anak-anak aku tak tido pon, ye la, malam tu tido awal pukul 10 so pukul 3 pagi bangun cukup la 6 jam tidur..mungkin cukup rehat mereka. heheh. Aku terjaga waktu da nak dekat sampai dekat jambatan yang orang salu berhenti untuk bergambar tuuu. Aku tak sempat ambil gambar.



Kami berhenti di BHP kg.Raja untuk ke tandas, dan beli coklat untuk hiking, aku minum kopi, aku bawak bekal kopi panas. Masa tu dah terasa sejuk sangat, dah start risau, macam mana nak hiking jap lagi.

Dah sampai kat Brinchang aku whatsapp tourguide aku, ETA aku ke Century Pines dalam 8.45 am. Aku memang berjanji untuk jumpa dia pukul 9 am. Sesampai je di parking hotel, aku ke tandas dulu dan breakfast sikit (dalam kereta je). Sebab terasa lapar pulak dan berangin perut. Ye la da bangun awal, makan pulak processed food (sosej dan roti) memang la cepat lapar. 

Nama tourguide tu Govind, umur dalam 30an. Mula-mula perjalanan dia dah banyak cerita pasal cameron, menarik la jugak. Informative. Macam-macam kitorng tanya, dia boleh la jawab.

 Cerita pasal hiking ni, ok la route dia menaik, uphill bukan landai ya. Tapi kita hiking slow-slow sahaja. Sejuk memang sejuk, berangin pon ya, tak sempat berpeluh. Ambil masa dalam 1 jam 45 je sampai. Tapi ada route berbeza juga. Masa tu agak lembab dan tak hujan. Guide kata kalau hujan habis lecak. Untuk makluman, apa yang kami pijak semasa naik Coral hill tu bukan la tanah, tetapi mendapan daun kering beratus tahun. Bila lompat, macam lompat atas trampoline. Seronok anak aku lompat-lompat. Aku tak berani. hahaha.

Guide tunjuk pokok kacip fatimah, pokok periuk kera, dan bermacam- macam lagi diterangkan pasal kejadian mossy. Kami dilarang pijak mossy sesuka hati. Sebab daun mossy yang cantik itu mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Sayang untuk generasi akan datang. 

Penampakan mossy melitupi bukit



Nampak macam tanah, hakikatnya bukan.




Masa kami naik tak ramai orang. Tempat ni tempat persendirian, dan guide ni pon asal sini dan ini memang tempat guide tu cari makan.

Lepas tu kami turun, dan start kereta nak pergi aidilbadri cafe, malangnya tutup. so kami teruskan ke Opah strawberry. Masa tu sebenarnya tak tau nak makan kat mana. Sebab semua nampak best. Tapi masuk opah sebab nampak scone dia kat depan tu menarik.




Ini cream dan jem strawberry homemade Opah strawberry





Kami order Scone 4, mee kari ayam special (ada ayam goreng seketul besar), nasi lemak satu, naget dan sosej 1, teh stoberi 2, ais krim strawberi 4. Total RM 67. Puasss hati.

Lepastu ajak anak main sebentar di surau tepi tu. Ada Playground. Hajat nak solat zohor kat situ. Tapi aku tak berkenan dengan tandasnya, so kami terus bertolak ke Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. 



Aku memang suka solat disitu, bersih sangat. Dan tempat solat ada disediakan untuk musafir solat. 

Lepas solat dalam pukul 2 lagi masa tu, aku try nak check in awal. Nasib receptionist tu bagi. So A letak bag, dan aku bawak anak-anak aku sewa basikal depan padang MDCH tu.



D tak sewa basikal, tapi beli belon sabun buih-buih tu.

Ni N punya. Gambar doraemon. Suka dia!


 Memang diorng da biasa sewa basikal kat situ. Lepas penat main, kami masuk hotel dan mandi dan tidur terus. Pukul 5.30 bangun dan bersiap jalan-jalan area depan tu. Kami bawa kereta, dan parking berhadapan coolpoint hotel. Eh kira bersebelahan tempat bas.  

Kami ronda-ronda, dan buat keputusan makan di Ikhwan Cafe. Tempat bersih dan selesa. Masa tu da takde rasa lapar sangst pon, tapi kene juga isi perut. Tak lapar sangat, sebab rssa tadi dekat Opah strawberry tu da kenyang sangat. Selalu orang sejuk cepat lapar, tapi aku cepat kenyang. Dekat ikhwan cafe, aku order Mee goreng mamak, mee goreng tak pedas, fish n chip untuk ilyas dan Nasi lauk tomyam A yang order. M tak nak makan, sebab kenyang makan lasagna roti tu. N aku orderkan nasi goreng cina. Ingat nak order strawberry milkshake, malangnya tiada.





OOH, Sebenarnya D mengamuk masa pergi tu..sebab kene kejut, jadi dia nak mainan. Kebetulan betul-betul depan Restoren Ikhwan tu ada kedai RM 2. Tapi takdalah semua barang RM 2. So belikan lah dia ikat rambut dan gula-gula. Beli juga untuk N. 

RM 5 je



Lepas makan, kami berjalan disekitar situ, ternampak strawberry 1 pek Rm 10 dan RM 5, aku tak sempat tanya apa beza, mungkin bekas sama saiz tapi isi dalam berbeza. Aku ambil la yang RM 5 tu. Baki nya aku letak dalam poket sweater D. Tapi akhirnya hilang tercicir ntah mana. Aku kesejukan sangat waktu tu, betul-betul tak leh tahan. Aku cadang nak duduk dalam kereta je. Tapi terasa jauh betul nak jalan ke kereta sorang². Last² anak sulung aku M bagi aku pakai sweater nya. Nasib muat.. Jalan-jalan tapi tak membeli. Sebab takde perasaan. Penat sebenarnya, penat dan kenyang. Hanya nak menikmati angin Cameron. 

Ok kami balik hotel betul-betul waktu azan Maghrib. Lepas solat jama semua kami plan nak keluar ke taman depan tu. 









Tengok lampu-lampu. Aku berjogging sebentar, untuk bagi berpeluh. Malangnya tak berpeluh. Maka, main kejar-kejar dengan N dan D. Nafas je laju, peluh takde pon.Hahahaha. Anak aku elok main permainan apa tah RM 5 kat situ . Beli 2. Sejenis lastik, berlampu. Bila melastik kat langit, nampak la lampunya. Seronok tengok. Ok puas main, dalam pukul 9.30 malam kami jalan kaki ke bilik. Dan kemas-kemas untuk tidur . Kemas baju untuk hantar dobi esok pagi. Kami memang biasa mendobi pagi-pagi. Nanti aku cerita pasal beg dan penyusunannya.

Esok pagi aku bangun seawal jam 4, untuk bersiap-siap solat dan sebagainya. Kejut M bangun mandi. Sementara tu lepas solat subuh A terus ke dobi Ohana. Dobi kebiasaan kami pergi. Ada di post sebelum nya. Semasa A mendobi, aku siap kan anak-anak dan kami ke taman depan. Kali ni M pula kesejukan di taman. Sweater semua dah hantar dobi, kecuali sweater aku. So di pinjam sweater aku. Kami ke taman permainan depan hotel tu.












Tak lama lepastu A balik, dan kami terus ke buffet breakfast hotel. Kene tambahan caj untuk anak aku M dan I sebab umur 6 tahun ke atas. Total RM 40. 











Buffet breakfast di Century pines, hanya ada nasi minyak, ayam masak merah serta acar dan papadom. Bubur nasi, roti bakar dan mee goreng. Egg station pon ada macam biasa. Aku memang menuju ke egg station dan pilih ommelete cheese. Salad bar dan buah pon ada. Pemandangan dan suasana nya memang menarik. Ok la untuk alas perut. Anak-anak aku biasa makan cereal je dulu, lepastu baru isi perut dengan benda lain. Untuk rasa, biasa-biasa je, boleh laa alas perut. 

Lepas check out seawal pukul 10, kami ke Taman sedia. Nak cari lolipop strawberry, malangnya tiada sijil halal lolipopnya. Aku hanya singgah membeli Teh ais strawberry. RM 5. Selepas tu terus ke Kea farm. Jumpa yang halal. Rm 10, 1 peket( 60 pcs dan ada yang 40pcs). Aku beli dua paket.

Teh ais yang dicampur flavour strawberry.

Ni pasar kea farm baru. 



Dan kami terus niat perjalanan ke Penang. Anak aku da bising, nak ke pantai pula. Batu feringgi..

Sampai ke hujung simpang ke Simpang pulai, kami berhenti makan di Warong Tok Ayah, tak banyak pilihan lauk yang tinggal, walau masa tu dah pukul 12, tetapi kami berenti je makan, risau lepas ni tak jumpa kedai dah. Tup tup,lepas nakan, tengik banyak lagi kedsi-kedai makan kampung sebelah kiri hala menurun ke exit simpang pulai tu. Hahaha. Takpela..yang penting air sirap kat situ sedap. Macam homemade.


Share dengan D.





Ini beg kami,dah ready sehari sebelum. Ready masuk kereta terus, sebab nanti nak tolak pagi tu hanya bawak beg sekolah isi charger dan wallet je. Ini untuk 5 hari 4 malam punya trip ya. Macam post sebelum ni, kami mengamalkan konsep "smart travelling system" hahaha. Tak yah bawak baju banyak2. Cukup selai je.

Beg biru tu untuk pempers, beg sekolah tu untuk pelampung dan baju swimming, beg merah baju sejuk, dan beg pepel isi baju malam dan baju checkout keesokannya



Comments