Sungai Congkak hulu langat. New Year!

sejuk sangat air musim ni


Sambut new year ke isi masa terlapang. Heheh, dua-dua kot. So macam biasa. Bangun pagi prepare makanan. Sebelum subuh. Konsep aku, nak jalan-jalan semua kena awal. Sebab tu tak suka pergi ramai-ramai dengan keluarga/kawan-kawan lain. Sebab tak suka lewat. Tak suka lengah-lengah. Tak suka menunggu. 

Spagethi, goreng pisang, nugget ikan

Lepas solat subuh, terus pakaikan anak baju mandi. Bergerak. On the way tu makan goreng pisang. Sebab waktu makan kami 7.30pagi. Kami memang jaga waktu makan. Ni satu bab yang aku disiplin. Sebab tu aku tak suka pergi dengan keluarga lain.

Sampai² je, bentang alas ni

Sampai Je kat simpang sungai congkak tu, dah ramai orang. Mungkin mereka dah start datang sejak jumaat. Kami terus ke hujung sekali. Tempat biasa kami lepak. Chalet Pak Ayob. Chalet yang warna kuning coklat tuu. Hujung sebelum pagar besar untuk tapak perkhemahan. 




View dari atas





Lepas mandi anak anak tukar baju, dan sambung makan lagi. Pandai M nak makan di balkoni mengadap sungai. Bunyi air deras sangat. Sejuk tak terkata. Cuma aku kesal. Waktu tu ada jiran buat bbq, tapi dia hidupkan bara api guna getah. Masyaallah kenapa la dia kurang bijak. Busuk bau getah terbakar segenap ruang tu. Kesian aku dengan keturunannya!. Sangat sesak dada aku masa tu. Kesian mereka dan keluarga mereka malah, keluarga lain juga malang sebab perbuatan onar keluarga itu. 🥴 Sangat tak beretika! 

Lepas makan kami bersiap. Lagi 40 minit nak pukul 1. Kami solat di kajang. Petronas kajang. Lepastu kami terus ke Medan satay Hj Samuri Kajang.

Kami sempat pusing area perkhemahan lain area berdekatan,

moga boleh jadi rujukan nanti

1. kawasan perkelahan lubuk mabggis
2. impian rimba resort
3. teduh villa
4. lubuk batu pecah
5. dsjani resort
6. nasi lemak kak ros --diakui sedap oleh orang tempatan dan pelancong. tapi kami tak tahu dan tak sempat rasa lagi. Dekat tempat berdekatan ada juga kedai nasi tengah hari rasanya. Sebab masa lalu tu nampak ramai orang lunch.
7. pangsun sg lepo
8. lembah azwen resott

Comments