Pilih hari Khamis. Senang pilih hari weekdays ni, orang tak ramai. Bertolak betul-betul lepas subuh. 6.40am kereta start bergerak.Ikut Exit KLIA sampai jam 8 gitu. Masa tu tak de oramg lagi di tepi-tepi pantai. Senang cari spot best.
Pacak khemah. Anak-anak memang dah siap ber baju ready untuk mandi pantai. Seluar tracksuit. Kecuali D dan N.
Lepas pacak khemah, pergi terus ke tengah laut. Air surut masa tu, belum naik lagi. Mula-mula A dengan M & I ke tengah laut, D nak main pasir dulu.
Lepastu aku pon ikut bawak D & N. Tetiba hujan. A berlari nak tutup tingkap khemah, kami terus main hujan. Tapi bila kami nak menghala ke khemah nampak kaki A berdarah teruk, rupanya dia terpijak apa tah, sampai terbelah kaki dia. Guna stongan untuk jadi bandage buat sementara waktu. Boleh pula waktu tu, tak bawa first aid box.
Kami semua lencun basah, termasuk N menggigil gigil. Berteduh sebentar di selera@bagan. Ada food court depan tu, belum buka tapi ada meja. So duduk la situ sekejap. Sampai hujan berhenti. Masa tu nampak ada jiran baru datang, pacak khemah berdekatan kami.
Lepas hujan berhenti, A pon lap-lap dalam khemah mana-mana yang air masuk. Sebab kami tak pasang fly sheet atas tu. Jadi agak selekeh bila hujan. Aku dgn anak anak pon terus mandi lagi sekali. Jauh juga nak cari spot yang air tinggi sikit. Sebab air belum pasang lagi.
D dan N pakai pempers masa tu, tapi no hal, diorang seronok je main air. Dah main tu, terus nak ajak N dan D mandi tukar baju, sebab N macam dah nak minum susu. Marah la juga M sebab sekejap je, tapi dia tak nak tinggal untuk teruskan main sebab dia takut orangnya.
Sampai public toilet, penjaga tu takda. So, letak je duit kat tempat pintu pengawal tandas tu. Mandi, tapi air slow sangat. Geram sangat masa tu. Tapi dapat juga complete mandi. M dan I decide tak nak mandi laut da. Nak terus bersiap. Baru pukul 11 masa tu lepas mereka semua siap mandi. Aku tak mandi lagi. Sebab tak de mood. Masa tu pikir nak check in baru mandi.
Start bakar steak dan ayam. Memang kami sejenis tak suka marinate kambing. Suka makan yang rasa kambing, bukan rasa perapan (over sangat perapan pon bukan sihat malah merosakkan kualiti protein yang diambil). Biar perapan garam dan lada hitam ja. Masak atas api 10 minit je. Teknik nak bagi lembut, masak tu jangan kalih banyak kali. Dua kali je. Letak daging, bakar sampai nampak keluar air nya. Kalih untuk sebelah nya pula. Siap. Lebih mudah masak kambing dari ayam. Ayam kene tunggu lama. Oh ya, daging beli dekat kedai frozen Sek 3. 1kg lebih, dapat 7 slice RM 36.
Ni daging kambing yang beli dekat sek 3. Boleh kita minta dia slice kan ikut ketebelan kita nak. Aku beli lamb shoulder. |
Kambing siap masak. Sekejap je masaknya, kalau lama keras laaa wey. |
Dah siap bakar, hulur dekat jiran. Sebab tadi dia bagi ayam bakar. Suka dapat jiran camping yang sopan. 😊. Maksudnya beretika, jaga aurat ditempat awam dan sebagainya.
Dah siap, makan dalam khemah, ntah kenapa waktu tu banyak sangat lalat. Lalat tak lepas masuk khemah.heheh.Anak-anak dah kenyang menunggu masak tadi. Diorng melantak roti sandwich cheese..Oh lupa bagi tahu, breakfast memang dah bawak roti telur cheese kapit sosej.
Ni roti telur, letak cheese sosej. Bangun pukul 5 masak. |
Sementara tunggu aku masak, diorang main dekat tepi khemah. |
So masa aku dengan A makan, anak anak buat tak tahu je. Lepas makan aku mandi, masa tu air dah laju, rupanya tadi diorng tutup suis pump awal pagi tu. Hampeh betul, menyusahkan. Bukannya kami tak bayar pagi tadi. Apa masalahnya, buka je la. Semua orang pon bayar walau pengawal tandas belum masuk kerja waktu itu.
ok da siap mandi, kemas-kemas khemah. Sebab nak ke pharmacy dan kedai beli sabun basuh pinggan. D nak aiskrim. Tak beli aiskrim dekat penjual aiskrim yang naik motor tu. Ntah kenapa. Ragu-ragu tentang kebersihan.
Check in hotel sangat smooth, sebab check in awal dalam pukul 1 (sebelum ke pharmacy). Dapat request awal bilik bawah (dah call semalam nya). Check in bilik, lepastu kene daftar untuk swimming sebab ikut SOP. Daftar pukul 5.00pm-5.30pm. So sampai bilik, terus tidur. Aku sempat book reserved tempat di Senandung malam. Tapi tak book makanan.
Pukul 4.59pm kejut diorang, mandi. Pakai baju mandi tadi. D je sambung tidor. Tetapi dapat jugak dia mandi waktu pukul 6.30 tu. Lepas tiada orang di pool.
Lepas Maghrib berjemaah dgn A, kami keluar makan. Book pukul 8, tapi pukul 7.40 kami sampai. Beratur agak lama untuk pilih seafood, dan tunggu makanan.
Tapi dah bawa nasi dari camping tadi, so I dah lapar sangat, bagi dia makan nasi tu. Ada kicap dia makan la dengan kambing dan ayam tu. Yang lain bagi phone je. Tengok youtube sementara makan. Kami order sotong 1 kg goreng tepung RM 70, dan pepahat 1 kg, masak sambal telur kecai. Total dengan nasi 3, sayur kailan ikan masin dan air limau ais ialah RM 100.
Pepahat dan sotong celup tepung. |
D suka sangat. Memang beli makanan yang friendly kanak-kanak. Dah malas order ikan semua tu. |
Tak ingat pukul berapa siap makan. Tapi sampai bilik terus kepenatan anak-anak. Terus tidur.
Esok pagi bangun, Muaz terbangun awal ngompol. So mandi siap dia tu. Pergi breakfast, menu Sri Malaysia Nasi lemak, bihun, roti telur, coco crunch, dan buah-buah. Ok la kan.
D & N breakfast, ada coco crunch dan bubur nasi, just nice untuk mereka. Sebenarnya D cari honeystar. Tapi takda. hehehe. hotel murah jer. |
Lepastu A pergi dobi, Mydobi basuh baju. Kami memang tak suka bawak baju kotor ke mana-mana. Mesti dah siap kemas. Sementara A pergi dobi, aku siapkan N,D, dan I. Bawa pergi breakfast .
Kemas dan kami bertolak ke PD. Sambung Next Post
Comments