Port Dickson; Monkey Bay (Part 2)

Bersambung dari sebelah Bagan Lalang- PD Pagi tu terus waze ke Blue Lagoon. 

Sebelum tu, dah terfikir nak beli makanan take away dekat hotel (nasi lemak RM2.50, bihun RM 2.00) tapi kelam kabut sebab N keluar dari stroller, jadi tak beli la. Adui kesal. Sebab nya..nantikan cerita di bawah. 

Ok dalam perjalanan ikut jalan kampung, tak ikut highway. Dalam 40minit kurang lebih. Dari Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang tu ikut Jalan Pahat, keluar jumpa pasar nelayan. Geram je nak beli something ikan ke, sotong ke tapi memikirkan kami bukan nak balik rumah lagi. Terus lah ke PD. Tak singgah tengok pon. Next time la. 

Sampai simpang PNB ilham PD, kami jumpa Monkey Bay dulu. Ajak A tengok. Masyallah cantiknya tempat tu, spot bawah pokok. Tapi dah ada peniaga yang siap-siap meletakkan kanopi untuk disewa. Kononnya itu tempat mereka berniaga. Tapi takdela semua tempat. masih ada kawasan yang tak berkanopi. Kesal sebenarnya golongan ini ambil kesempatan. Sepatutnya jangan la pasang dulu kanopi, siapa nak baru pasang. So kami pon terus la gerak ke tempat asal nak pergi, dalam 1 minit je ke Pantai tasik biru yang ada kemudahan tandas dan gerai jualan. Tapi sesak sangat kawasan tu. Tak macam dulu. Adoiiii stress tengok. Agak mengambil masa lama untuk pusing balik, sebab kereta banyak, slow-slow mereka pon nak cari spot parking. Dalam pada tu aku dan A buat keputusan tak nak lepak tasik biru.

 Terus ke Pantai Cermin, pun satu minit je dari situ. Pantai cermin agak istimewa juga. Tapi tiada pokok yang banyak. Ada spot best, tapi dah ada orang parking dan mungkin dia pon nak berkhemah disitu. So kami pon terus ke Monkey Bay balik. Di monkey bay, aku tak ke kiri, tapi ke kanan. Intai disitu nampak banyak lagi spot, dan dah ada pon kereta masuk ke situ. Agak tersorok juga kawasan tu. Ok la. Aku suka. Walaupon takda kemudahan tandas. Kami fikir, itu nanti la cari solution lain. Terus dapat spot hujung sekali. 

Ada a group of chinese girl buat party. Krismas kot atau apa-apa. Mereka pon okay, tak bising sangat. Pembersih juga, tiada yang smoking atau apa-apa perbuatan menjengkelkan. 

Main tiup belon. Dia ni lambat 'loading'


Pacak khemah menjadi mudah, sebab kami dah cekap. Hahah. Tapi pole tu reput so patah. Tapi berjaya juga tegakkan khemah. Angin sepoi-sepoi. Allah, Nyaman tak terkata. 

Lepas pasang, baru lapar. Kami tiada makanan. Yang ada jajan, biskut sahaja.πŸ˜†πŸ˜­. M dan I terus tukar baju. Aku pon yang asalnya tak nak mandi dah, pon terpengaruh. Tukar baju juga. 

M& I terus mandi, jumpa kawan. Anak jiran khemah sebelah. Ya, family ni pon aku suka. Sopan dan beretika. Alhamdulillah, Allah temukan jiran camping yang baik-baik.  Anak nya 3 orang lelaki, mungkin sekolah menengah rendah dan ada yang masih sekolah rendah. M terus main bersama mereka. memang mesra. 

Aku dan A terus booking hotel. Google agak lama baru decide nak bermalam disini. Sebab macam tak puas lagi bercuti. Hotel memang mahal, last minute kan. Hehehe. Masa aku booking ni bising je I panggil "mama...mama.... jom la mandi"

Lepas tu aku bawak D dan N mandi sekali. I ikut aku, dia taknak join M sbb M main jauh ketengah. Ombak kuat I takut. Kaki I ppn dah luka. Pantai PD ni ad batu-batu kasar juga. Terkena kaki dia. Luka..Agak pedih kena air garam. 

Panggil M ajak bergambar, dia ni sebuk dengan kawan barunya.



Aku bawak D..dia terus Happy, sebab takde orang dan dia suka bila tak ramai. Terus dia tak kekok dengan pantai. Sebab masa kat bagan lalang semalam dia agak kekok sebenarnya. Baru mengenal laut. Air nya masin. Tapi air PD lagi masin. Ombak kuat terkena mata N, pedih matanya. Dia menangis. Macam tak berapa suka mandi. Sebab bila letak atas dasar pon dia sakit. Ya pantai original mungkin agak berbatu. Pantai tambak macam bagan lalang pasirnya lain sikit  Aku tak reti nak tulis. Tapi nanti rasalah sendiri. Memang lain. Warna pon lain. 

Aku pon angkat N pergi dekat A.. D pon tak nak mandi, sebab dia kata masin sangat. Dia banyak kali kene langgar ombak, dia jatuh terminum air, dan adakalanya termasuk mata dan amat pedih. 
N duduk dengan ayahnya


D sambung main pasir. N main dengan A. Tetiba D  menangis teringat tokminya. Allah😭. 

heehhe


Aku sambung mandi dengan I. Bila aku ketengah laut sikit, baru rasa airnya agak sejuk. Tapi tak berani ke tengah lagi, takut ombak kuat. Aku takut tengok M main sebenarnya.. Dia memang pandai berenang sikit-sikit. Dia main ganas dengan kawan-kawanya. Adoiii. Aku biarkan je. 

 Dalam pukul 1, aku keluar dari air..jumpa jiran khemah tanya beli makanan dekat mana, sebab ingatkan dekat sebelah kiri pantai tadi ada jual-jual nasik. Dia cakap beli di traffic lite pertama belah kanan. Murah sangat makanan disitu. 

A cakap nak pergi beli, dalam hati aku , takpe lah.Karang la keluar sekali beli. Sebab risau nanti aku tinggal dengan anak-anak. Apa-apa berlaku. HAHAAH. (pikir bukan-bukan). 

Aku ajak D dan I berjalan tepi sisir pantai monkey bay tu. Tengok rupanya kalau pantai sebelah kiri tadi pasirnya lagi berbatu dan bercengkerang. Selamat tak park kat situ tadi. 

Malas nak rotate 


Dah siap keluar dari laut


Lepastu kami tukar baju dalam khemah. Jiran camping yg chinese girl tu dah nak balik. Aku minta belon nya. Saja bagi D main belon tepi pantai. Angin kuat. Dia bawa belon dengan tali. Haaa, yang menariknya ada remaja indian pasang lagu hindustan, D pon turut berjoget. πŸ˜†πŸ€­. Kelakar dia tak sedar kami nampak dia berjoget.
M, mengamuk lagi. Sebab sekejap sangat katanya.πŸ™„πŸ€¦


 Okey kami pon nak cari makan. A terlajak untuk ke kedai nasi berlauk tu. So teruskan sampai ke teluk kemang. Nampak kedai asam pedas warisan. Terus masuk Order Nasi ayam 3, aku ambil lauk ikan keli 1,ayam goreng 1, sayur 2 senduk. Nak berebut lauk πŸ˜†πŸ€­πŸ˜† sebab kedai sebelah dah habis ayam gorengnya. So ada pengunjung yang berpusu ke kedai Asam pedas warisan tu. Kedai sebelah lagi best sebenarnya. Sebab tu lauk dah habis.Pukul 2 dah kot. adoii. Nasib la. So total RM 33, termasuk 1 teh limau ais. Makan la dengan senyap. Sebab lapar sangat. 

Sampai di depan hotel, terus cari parking. Masa di restoren tadi N dah menangis. Jadi bagi susu, dia pon tertidur. Angkat letak dalam stroller. Aku register. Panjang juga que, sebab pukul 3. Adoi. Penat tak terkata. Dapat bilik bawah juga kali ni. Ya, aku dah request masa lepas book agoda tu. Hotel seri malaysia port dickson juga kali ni.  Senang, inc breakfast, kitchen nya pon ada halal. Tempat lain aku tak tahu, tak sempat buat research. Tapi memang agak kotor biliknya. Exhaust fan memang kotor, lantai berpasir sangat. Okla, untuk hotel murah. Hotel lain belum tentu ada family room. Yang ada family room pon tak semua ada katil queen dan single; utk occupancy 3 adults jarang sekali. Atau mahal sangat. So ini je la hotel yang kami dapat RM 240 inc breakfast . Ok la. 

Kali ni M dan I tak mengantuk macam di Bagan Lalang. Jadi, mereka tak tidur. Lepas mandi tukar baju. Selang berapa minit nak mandi kolam pulak.Adoi. Kalau tahu tadi tak payah mandi. Terus tukar baju renang. Boleh terus swimming. Swimming pon kejap je. Dalam 30 minit aku panggil balik. Bagi M rehat. Risau lelah. Dia mengamuk juga la. Tapi sampai bilik tengok cartoon, senyap la.
I

 Aku pon order Food panda. Dari restoren habsah tomyam. Murah gila nasi goreng rm 5 weyyy! . Aku beli la 4. Memang ada nasi ayam tadi berlebih. Tapi saja beli 4. lagi nasi goreng. Dapat murah lagi dengan FP selepas guna voucher code. Hehehehe. 
Makan beralaskan scarf beli kat london 2018 hahaha


Dalam 30 minit sampai makanan. D& N dah terlelap. Makan la kami ber 4 je. Lepas Maghrib D bangun, ajak makan. Masa tu I tertidur. Lepas isyak kejut I bangun nak pergi depan pantai. Nampak food truck. Saja nak cari makanan untuk supper. 

Tolak stroller, jalan kaki. Macam-macam gaya bawak budak ni lintas jalan. Adoi. Seriau sangat dengan gaya I. 
Ni la, orang buat sewa tempat duduk angin tu.

I teruja nak pergi tepi pantai. Jangan harapla. Penat da nak urus pasir melekat kat seluar.. karang suruh mandi lagi sekali, dia juga taknak. Dah la tu. Lagipon ramai sangat orang disana. Panas.

Mood D dan N okey. Tengok orang tepi pantai.

Jalan-jalan tengok orang lepak tepi pantai. Duduk atas bantal angin yang ada orang jual tepi tu. Tapi kami tak sewa la. Tak kuasa nak kotorkan selipar dengan pasir lagi 

Beli la sosej cheese jumbo tu. M nak ( aku xberkenan makanan tu sebenarnya) I beli corn in a cup. Pau dua. Air coklat D minta. Dan Air jagung banyak gula. Aku beli keropok lekor sejuk. Makan la dalam bilik.  

Lepastu aku tertidur.  
Esok pagi macam biasa. Kali ni breakfast start pukul 7 katanya. Tapi lambat buka cafenya. Adoi sakit hati. Kat Bagan Lalang pukul 6 dah ready. Sini pukul 7.15 tak siap lagi. Apa tah masalah diorang. A macam biasa lepas breakfast pergi dobi. Aku siapkan yang lain. 

Pagi tu di balkoni. Aku keluar awal, ingat ke breakfast pukul 6. Eh semua hotel pukul 6 apa!. Apasal hotel ni pukul 7.30 pagiπŸ€¦πŸ™„.

Mendobi

I takde mood. Dia mula-mula nak agar-agar pink tu dengan D. Tapi bila rasa dia tak suka. Ntahla. aku tak pernah buat makanan tak sihat tu πŸ˜†. So diorang pon tak kenal la. Oh ya, lagi satu bubur nasinya hangit. Hayyo. Dah la bukak lambat. Hangit plak tu!.


Kali ni ramai orang. Iya la hari sabtu. Anak-anak kurang selesa. Penat pon mungkin. Lepas makan kami bertolak. Ingat nak pergi muzium askar dan galeri ikan hiasan. Sekali dua-dua tutup. Eh balai cerap teluk kemang pon tutup. Frust budak-budak. So kami explore la area pantai. Dari pantai klana tu, A terlajak ke pantai purnama. Masyaallah. lagi cantik spot situ. Cari Green town hotel. Fuhh. Belakang tu pon cantik. Walau takde kemudahan tandas takpela. Next time kami bawa Shower Camp punya alat tu. Senang nak mandi.

Lepastu on the way balik pergi Eagle Ranch Resort dulu. Okey tak best. Sebab hujung dunia. Tak banyak pilihan kedai makan. Tak ramai orang. Jauh dari beach. Okey reject da nak tidur situ. 

Pergi Masjid baru sendayan tu. Bergambar.  

Ok ni gambar M / I yang ambil.





Balik pergi cari kedai makan Mashtar Itik Salai dekat bandar baru nilai. Pukul 12.45pm. Pengunjung baru 80%. Okey Nasib baik sedap. Puas hati sangat. Dapat coconut shake. (RM 5) air kelapa RM 15.. Kenapa tah mahal kat situ. Makanan lain murah, RM 33. (Nasi putih 4, ikan keli salai 1, ayam goreng 2, rebung masak lemak 1, itik salai masak lemak 1). 

Itik Salai depan tu

Pandai A makan itik masak lemak. ingat
 tak reti. Tapi dia cakap pedas. Tapi sedapπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°


Lepastu sampai shah alam pergi sek 9, makan rojak karim pulak. Pukul 4 masa tu. Kami dah solat zohor dan jamak asar di masjid Nilai. Bersih tempat tu. 

Abc. sedap jugak ABC karim ni

Okey kami suka yang ni je. Tak berani nak beli rojak lain, walau ada yang kata rojak bawah jaya grocer tu sedap. Hahahaha. Tak berani nak tryπŸ˜†.


Sampai rumah pukul 5.30 rasanya. Terus mandi dan tidur. 

Sekian

I cakap, hari ini paling bermakna buat dia, best sangat katanya. Pandai dia reka ayat tu. heheeh. 

Alhamdulillah.

Comments