15 June 2010

Fish Valley Semenyih

Hai, Al-scheira sangat semangat untuk membuat entry kali ni..kerana ini la kali pertama saya makan/ melantak ikan-ikan (juga pertama kali saya jumpa) secara BANYAK..

yeay, ini lah yang kitorang makan untuk 4 orang..hehehe..

ini ikan Jelawat, pertama kali saya makan..banyak tulang..ermm manis,sedap..
ini masak stim namanya..
Gambar posisi lain..haha

Ikan Rohu, pon banyak tulang jugak..tapi sedap sangat..kami order 2 ekor ikan ni..
nama masakan ikan goreng rangup sos istimewa..hahaha..panjang kan namanya..

nampak tak atas ikan tu ada macam mi halus-halus tu..itu ialah Halia yang di potong halus2..dan digoreng rangup..sangat sedap..hehe saya makan halia tu sampai habis..hahaha..

Ini kepala ikan tongsan..pon ikan sungai..berlemak sangat!!!!!!...macam ikan patin ..
ni masak asam namanya..dalam ni ada rebung sekali..cuba bayangkan betapa sedap rasanya..haha..kalo tak dapat bayangkan pon sukati ko la..ade aku kisah..haha
 lawakan rebung ni..haha

Disebabkan kepala kepala ikan tu besar. terpakasala orang tu letak dalam mangkuk lain..

Ini Remis...masak cili kering..

hehe

Ni udang celup tepung dan cendawan goreng...rangup!!...

teengok lagi k...hehe

ni pucuk labu masak belacan..
saya pertama kali makan pucuk labu..sedap gak goreng belacan..

Nasi putih..

ni saya makan sorang..banyakkan..
Ni kawan saya makan..

Ni bawang putih, campur kicap dan cili padi..untuk cicah dengan ikan..


Okey..sekian sahaja

Mesti anda semua tertanya-tanya berapa harga saya makan kan..

kami pergi berempat, tapi lauknya macam untuk 40 orang..

tapi

kami seorang bayar

RM 28.00 sorang je

Sebab...kat kedai ni boleh bawak ikan dan sayur sendiri, dan suruh dia masak..dia hanya charge kan RM 10.00 sahaja untuk upah setiap jenis masakan..so kami bawak la macam-macam jenis ikan..harga semua ikan , udang, cendawan, pucuk labu yang kami bawak semua RM 48.00..upah masak RM 65.00 sahaja..

sangat murahkan!!...selamat mencuba!!..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails