Italian Cuisine @ Italiannies

Yang ni compliment dish...so free...Sejenis roti yang diadun bersama-sama thyme, dan dimakan bersama minyak zaitun

Pizza Caprese; Doh pizza yang sangat nipis dan rangup, toping nya ialah kepingan tomato dan ketulan cheese yang cair.

Minestrone Soup; dalam sup ni ada kacang panggang, dicampur dengan tomato dan bermacam-macam lagi.

Bruschetta; roti bawang putih @ garlic bread , yang atas roti tu pon tomato dan cheese...sangat sedap, gabungan garlic bread dan cheese dan tomato. Dan dicicah sos-sos yang warna hijau kat tepi tu ialah basal leaf sos.

Saya juga try cicah dengan minestrone soup ni,,heheeh..sedap je..walaupon sebenarnya minsetrone soup ni dimakan begitu sahaja.

Parmesan crust fish; ermm name pon nampak sedap kan?..sangat sedap dan berlemak, yang atas skali tu ikan dan dicurah cheese juga, dan yang nampak macam mee tu sebenarnya ialah KENTANG yang dipotong halus dan digoreng bersama bawang.

Yang hijau bulat-bulat kecil diatas ikan tu ialah sejenis lada, nama dia saya tak ingat(nanti saya tulis kalau saya ingat) sangat sedap hidangan ni!!!!

Penne Bolognese; macam biasa la rasa nya macam bolognese, hehehe..tapi kat kedai ni lagi la rase secukup rasa bolognese nya...

Banyak sangat!!..tak habis pon...

Chicken Balsamic; ayam ni dimarinate dengan rempah-rempah ala itali, sedap sangat...secukup rasa..dan mengenyangkan

Brokili ini telah dimasak bersama bawang putih yang telah dihancurkan, dan sos hitam itu ialah sos yang dicampur dengan bawang, dan perasa-perasa masam dan manis, saya tak berapa gemar sos itu. ermm saya bukan tekak itali pon!!..

Harga : RM 121.30
Lokasi : Sunway Pyramid

Comments