Hi, okey sambungan dari post sebelum ini, kami pon sampai di Taman Alam Selangor. Terletak di kuala Selangor. Masa sampai, nampak ramai parking di luar pagar, kami pon parking la di dalam pagar, bawah pokok. Mula-mula tak nampak apa-apa, nampak hutan tiggal je, tak sangka boleh masuk. Kami masuk pon, sebab ada kereta parking sebelah kami, dan mereka dengan lajunya terus kedalam, bila aku ikut. Rupanya ada kaunter bayaran untuk dapat tiket masuk/ dengan kata lain permit masuk hutan la.
Ini pemandangan paya bakau nya
Kaunter tiket
Yang penginapan ni aku rasa dah takde, papan tanda je ada
Bermula disini, kami semua pakai krim anti-nyamuk. Memang bawa dan beli juga disana. Ingat ya, pakai kasut sukan, bukan kasut tumit tinggi macam sesetengah pengunjung disini.
Selepas nampak tanda denai kembara, masuk dalam ni. Sini awal-awal ni banyak nyamuk. Maka berjalan lah kami 3km bersamaan 2 jam.
Aku dukung N, D dengan ayahnya
Lama-lama D bosan,
Aku da dukung D masa ni
Ok ni kami menghala ke menara tinjau
Anak-anak aku semua bertenaga untuk naik ni. Bagus!
Gambar dari atas, sesuai untuk siapa nak tengok burung-burung yang beracam jenis lalu kawasan ini. Tetapi kawasan ni tak dibenarkan Drone. Kecuali dengan kertas kerja. Ini kerana ada musim, burung akan lalu lalang dikawasan ini. Maka dialarang bebas membawa drone.
N pon sama nak aku dukung. Aku gilir-gilir dukung dengan A.
Masuk kawasan ni memang sejuk, nyaman, tenang.
Ni, kami dah penat sangat. Lagi berapa km nak sampai. Ibaratnya dah nak pusing balik ke tempat masuk.
Ni aku try rakam guna wikiloc, malangnya kawasan yang takde internet, dia takdapat lock lokasi. Kalau nampak, sebenarnya jelas trail nya yang warna kelabu tu.
Aku tak bawak makanan apa-apa, hanya sebungkus biskut dijumpai dalam beg , itupon bekas aku hiking agaknya.
Keletihan. D kesian, tapak kasutnya tercabut. Ntah macam mana, sedar-sedar, tapak da takda, padanpon dia jalan terencot-encot. Kasut da tak sama tinggi.
Ok ni kami dah nak balik. Denai kembara ni pintu masuk dan pintu keluar.
Waktu sampai sini, dah azan, so aku pon berhenti solat dulu. Nasib baik dia benarkan pengunjung solat. Kalau tak aku tak tau la kat mana nak solat, oh mungkin aku solat tepi kereta je!.
Lepastu kami cari makan, malangnya tiada yang berkenan di hati. Jalan sampai Jeram balik, makan ditepi pantai.
Tak sangka sedap. Ok la kami kenyang!.
Sebenarnya masa balik dari jungle trekking tadi tu, kereta kami teruk dicalar monyet/kera dipersekitaran tu.adoiii.. Aku punya antena pon dia cabut. Kereta sebelah aku lagi teruk, monyet tu cabut semua seal tingkap keretanya. fuhh. Sebab tu jangan parking didalam. Takde staf bagi tahu. ermmm. Takpela, beli kat shoppe je antena tu baru RM 10 inc delivery.
Kenangan. Sekian percutian September 2021.
Comments