Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) -Taman Alam Selangor (September 2021)

Semasa tak boleh rentas jauh-jauh, kami tempah untuk menginap di sini. KSCC, macam zoo tapi ada penginapan. Gitulah perumpamaannya.

Terletak di Jeram, Bukit hijau

Ok ni saja beg kami utk ber-6

Bawak bekal

Bekal beku untuk acara BBQ

Ok sampai awal pagi. Belum waktu check- in, so kami melawat haiwan dulu

M mentelaah peta

Sebelum lalu tempat ni, ada lalu tempat kucing..nasib aku pakai mask, busuk gila. Eh aku memang tak tahan bau kucing sebenarnya.

Ada angsa

Main ni dulu

Lepastu ada aktiviti ni, bayar la RM 3 kot kertas warna tu.


Dekat tempat aktiviti seni tu ada kolam ikan mini. Kene bayar RM 5 rasanya untuk seorang.

Keadaan sekeliling

Ikan yang diorang dapat tangguk







Yang ni RM 5 sekepala, tak kira umur dan saiz serta berat badan, asal ko muat masuk, ko boleh naik.

Ada pintu kecil nak masuk kandang ni. Berbau sikit kencing arnab.haha..Arnab ni juga suka kencing merata. Hati hati.

Okeh waktu aku pergi tu hari Jumaat. So sebelum A pergi solat, kami makan dulu bekal yang dibawa 





Ni kami lepak surau, sementara tunggu kaunter pendaftaran buka semula lepas solat jumaat. Untuk Check in.

Bilik kami hujung sekali, sebelah Arnab. Best kan. Kami ambil bilik untuk 6 orang (RM 150 deposit RM 50, sarapan untuk 2 orang percuma dan tambahan RM 6 per kepala untuk anak-anak tak kira umur), dan ada tandas didalam (Nama bilik aku bilik melati).  Tempat ni ada pilihan yang lebih murah, tandas di luar. Tak perlu risau, tandasnya bersih dan banyak sangat.

Tempat BBQ ni kene tempah awal, dan bawa arang sendiri. Jaring-jaring tu dia memang akan bagi baru secara percuma setiap kali ada tetamu baru.




Kami bawa ni je. tiada ayam, kerana membakar ayam adalah sangat lama. Baik bakar kambing.




Marshmallow pon sedap dibakar. Tapi sedap yang brand Hasbro, yang brand lain rasa tak sedap sangat. hahaha





Ada hammock depan tu.

Depan bilik kami ada padang, boleh main bola bila petang. Bila pintu utama da ditutupkhas untuk tetamu bermalam sahaja. Seronok sangat.


Ambil angin malam, sebelah kanan kontena kami tu tempat arnab, dari balkoni intai arnab. Ada paip untuk basuh tangan disitu juga. Mudah bukan?!.


Ni waktu da takde orang, dapat N jalan pergi tengok arnab, tanpa gangguan

Ni view depan kolam angsa





Esok pagi, Seawal 7.30 pagi, ada nasi lemak ayam goreng, roti bakar dan air teh tarik dan teh o.

Aku bawak bekas kosong, incase makanan anak aku tak habis

Kat sini je ada line. Kawasan ni memang takde apa-apa line internet mahupon line telco.

Main ni sebelum balik. Percuma sekali je, lepastu kene bayar.

Yang ni memanah, bayar ikut anak panah. Lupa da berapa harganya. 

Sebab diorang kanak-kanak , jadi main set kanak-kanak je, marah anak aku, M. Sebab dia nak yang besar tu. Memang tak la!










Tempat ni ada juga Hobbit Stay, tapi tiada tandas didalam. Dan aku tak sure dia ada aircond ke tak. Bilik aku ada aircond.

Okey, itu sahaja untuk kesah KSCC ni. Ingat ya, kalau nak pergi kene call, bukan whatsapp. Masa haritu aku kena bayar penuh terus untuk booking. Dan deposit tetap diambil juga masa pendaftaran. Boleh search di google ya untuk nombor tel.

Dalam perjalanan balik, kami ke bandar Kuala Selangor. Sambung post seterusnya....









 

Comments