Salam semua penggemar makanan, kali ni saya nak paparkan makanan di satu cafe yang terletak di kelana jaya..sesape yang tengah berangan nak kurus, tak payah la berangan nak pergi kedai ni ye..kerana sebab-sebab dibawah ( sila perhatikan saiz pinggan)
Ni baked pasta with meat ball..jangan ingat ni pinggan kecik ye..ni saiz lebih besar dari tapak tangan saya, dan ni bukan regular saiz macam kita jumpa kat pizza n secret recpi tu
Meatball ni sedap..dan besar!!
Ni sebenarnya lauk kambing untuk nasi persian di bawah..memang tak larat makan sorang..ni makan 5 orang pon tak habis..sebab kami order lagi benda lain
Persian rice..
Chicken keiv-huh..sedap gile cheese atas dia tu..memang sedap..
Grilled platter-smoke duck, ayam, kambing, dan lain-lain
Nasi Goreng ketam-ketam ni soft-crab, so kulit dia pon boleh makan, saya no komen, sebb saya allergik makan ketam..
Soda herbs- sedap, campuran soda, laici, pudina
Dan juga serai!!...
Yang ni ribena laici..
Okey, ni saje..kami pergi berlima tapi order air same je.so tak banyak choice air yang boleh dipaparkan, tapi saya cadangkan anda cuba juga air buah kat sini..pon best..
Harga semua: RM 200
Comments