Makanan yang biasa ditemui ketika menghadiri seminar atau bengkel

Hai semua, Assalamualaikum...hehe..hari ni Al-Scheira pergi satu seminar, dan macam biasalah, apa yang kita harapkan ialah makanan yang akan diberi percuma...hahaha...Makanan yang dipaparkan ialah menu biasa yang kita temui ketika menghadiri ceramah, bengkel, seminar, talk, meeting, mesyuarat dan apa-apa la yang seangkatan dengannya...

Ni makan pagi ye, atau dalam bahasa jawa; breakfast... biasala makan nasi lemak, dua jenis kuih, karipap dan kuih ape tah tetiba lupa nama kuih tu...

Sebenarnya, sepinggan nasi lemak da cukup da, tak payah la kuih-kuih, menambahkan lemak dibadan je. Itulah masalah menu makanan orang melayu..sepatutnya sediakan la buah-buah diwaktu pagi, elok untuk perut...( saya tak nak la membebel pasal nutrition disini ye)

Ni makanan tengah hari, Dengan ulam, masak lemak cili padi udang, sayur campur, ayam goreng rempah dan buah betik. Erm...banyaknya lauk..Cara makannya ialah makan buah dulu ye, tapi orang melayu ni jadikan buah tu sebagai pencuci mulut..tula pasal, kadang-kadang kita ni nak hidang makanan, kenalah ada ilmu sains, baca buku ke, ilmu makanan ni kena ada la jugak.

tips: Makan buah atau salad dulu setiap pagi 15 minit sebelum sentuh makanan lain, ini demi menjamin kesihatan usus anda hingga tua, ingatla kesihatan itu dijamin dengan kesihatan perut dan usus anda!!..

Ni sambungan gambar diatas, saya saje je fokus kat udang masak lemak cili padi tu, sebab sangat sedap...
hehehehe

Makan petang, bubur pulut hitam, saya penggemar bubur pulut hitam, tetapi saya dah kurang makan santan..hahaah

Sekian sahaja menu lengkap untuk jamuan makan selepas meeting.

Comments

Che Kay said…
Menurut firasat Al-KeiKei menu-menu yang telah dipesan tidak mengikut garis panduan unit pemakanan (sila berhubung dengan pegawai zat makanan). Mungkin penempah makanan malas mengira dahulu kalori2 yang terlibat untuk dimakan oleh mereka yang berkursus. Oleh itu, ada baiknya penempah2 makanan review menu2 yang selalu mereka pesan.

p/s: hahahaha.
namasayesumi said…
bestnye dapt mkn sedap2....
Mrs. Al said…
Betul tu Al-Keikei..Al-Scheira pon setuju, sepatutnya kita dah kena mulakan suatu rutin mengenali dan mengira kalori makanan yang kita ambil ketika dapat makanan free seperti ini..seperti yang Al-Scheira katakan sebelum ini, nak makan pon kene ada ilmu, jangan main bantai je..kalau tak bila dah tua kita gak yang menyusahkan anak kita anta kita kat hospital sebab darah tinggi la, gout la, kecing manis la..ape-ape lagi la..jadi marilah bersedia untuk kesejahteraan kita