Chicken Mandy Rice

Sekarang Al-Scheira ingin memaparkan salah satu masakan kegemaran Al-Scheira sekeluarga, kami bukan saja penggemar masakan dari restaurant ini, malah setiap kali jamuan, kenduri kesyukuran, dan apa2 sahaja majlis makan-makan di rumah Al-Scheira, kami akan mengambil catering dari restaurant ini. Setakat ini, restaurant ini lah yang paling sesuai dengan tekak Al-scheira sekeluarga kerana kesedapannya. Jadi sekiranya anda ingin merasa masakan ini boleh la datang ke rumah keluarga Al Scheira, sekiranya ad majlis makan-makan,.. tapi, itu pon kalau anda di jemput, kalau tak..tak payah la datang ye, kang guard halau u olls....i pedulik pe..

Nama restaurant ni : Al-Rawsha, terletak di 78, Jalan Damai off Jalan Ampang.
(Kalau anda dari Hotel Nikko di sebelah kanan, straight je, lalu tepi Ampang park di sebelah kiri, jalan terus sampai jumpa shell, selepas shell ad simpang, masuk simpang tu, jalan terus, sampai jumpa masjid, diikuti sekolah cina, sehingga la anda jumpa kedai itu di sebelah kanan anda)

 Ini Baqlawa, salah satu manisan makanan arab. Memang manis, dihidangkan sejuk

Ini dia Chicken Mandy Rice. Salah satu masakan istimewa di mana-mana restaurant yang menjual masakan lebanese, dan Arab. Makanan ni memang sihat, sesuai untuk penggemar makanan yang menjaga kesihatan ..haha...makanan ni di masak tanpa menggunakan minyak tambahan, ianya di steam 100% bersama ayam. Maka rasa ayam meresap didalam nasik. Masa memasaknya juga agak lama. Saiz hidangan nye sesuai untuk dua orang yang perut kecik, sape yang perut besar satu pinggan da cukup mengenyangkan. Ayam dia sangat lembut,saiz ayam juga sesuai untuk dua orang.
Ni dia yogurt dan sambal tomato yang dihancurkan, dicampur herba-herba.
Ini ialah Arabian Salad. Campuran salad, timun, dan tomato yang dipotong halus , di gaul dengan minyak zaitun dan Za'ta..

Harga semua termasuk air: RM 60.00 (2 pax)



Comments

ifa said…
wey terliur wey..bley jd kn next destination for next gaji nie..hahahahahahah..
yummy...
Mrs. Al said…
mmg pon..next time aku nak bwk nash..time nak amik stok kedai aku..haha