Zoo Taiping- Yong Tau Foo Belakang bomba-Tasik Taiping 25 -26 Sept 2020


Ok ni dari sambungan sebelum ni . Turun dari Cameron -ikut Simpang Pulai. Ya ampon, jem teruk. Memang merangkak kereta. Sembahyang zohor masih di simpang Kg. Raja tu. Ada petron kat situ. Eh lupa Petron atau Caltex. Simpang antara Kg.Raja dan Blue Valley. Lepastu kami sampai di Zoo taiping kalau tak silap pukul 4 kot. Dah takde orang. Hujan renyai. Eh itu memang cuaca normal di Taiping. 













Zoo Taiping lagi best dari Zoo Melaka. Mengikut review kami. Kalau rating Zoo taiping 5 bintang, Zoo Melaka 4, Zoo Negara 0.5 bintang.

Binatangnya memang rapat dengan pengunjung dan sihat. Bukan lemah dan tua. Kanak-kanak suka.


Ye anak2 aku puas disini.


Berbaloi. Nampak sangat dekat. Takdela dari jauh kene jenguk. Sambil tunjuk-tunjuk.Anak pon bosan. Baik tengok youtube jer (ini perbandingan dengan Zoo yang tak best). 




Ada kangaroo


Puas pusing, kami naik train. Masa tu dah last trip.

Okey da nak balik.

Zoo dah nak tutup, kejap lagi dia buka balik untuk sesi night safari. Harga lain.

Ok kami google spot ni. Kami memang minat Yong Tau foo. Untuk rating rasa, sedap lagi yong tau foo hikmah, kat sini aku bagi rate 1/5. 

Anak-anak tunggu nasi goreng, air dan nasi ayam.  Makanan biasa-biasa je.



Selesai nak check in homestay kami plak. Homestay kami ni paling tiptop bersih. Saya bagi markah 101%

Ni dalam perkarangan rumah homestay tu. Lokasi Asam kumbang, FB: Jemilah Pakir. 0175118815. 3 Bilik, 3 bilik air, aircond lengkap 3 bilik weyyyy. Puas hati. RM 230. Book 3 bilik sebab kononya nak bawak family, tapi last minit tak jadi. Maka lepasni serik da nak berjanji dengan yang lain-lain. huhuhu..Burn duit gitu je, sama dengan Cameron bayar 3 bilik. Tak boleh cancel. 



Ni aku masak pagi tu. Sementara suami pergi dobi. 2 Minit je dari lokasi.


Pagar homestay


Masa checkout esoknya kami ke Tasik Taiping




Selepas tu kami terus ke Penang. 

 

Comments