Aquaria- Kl Tower April 2021-Perdana KLCC (April 2021)

 Salam 2021. Tiker Aquaria aku beli di shoppee. Murah sikit. Pemburutiker nama seller tu. 

Total 144.50

2 dewasa (RM 35.50), 3 kanak-kanak (RM 24.50). dan N tu percuma. Sebab dia masih bayi.

Entrance KLCC, kami datang awal gila. Weekdays. Tunjuk kat anak aku entrance pergi tower. Tempat kerja tokayah.

Seronok wey tengok ikan kat sini. Mula- mula masuk kita disajikan pemandangan ikan-ikan kecil, sekecil ikan bilis, atau baby ikan bilis.


Lepastu ikut section negara juga, jenis kedalaman, jenis pasir.


Lepastu ada satu tempat ko kene turun tangga. Disitu penuh ikan-ikan besar, besar dari kau. Seronok sangat. Tapi bagi yang ada stroller, boleh la turun pakai lif. Pekerja nya akan tolong kau nanti.



Seronok sini ada ikan-ikan pelik. 

Dan last sekali baru kau masuk area ni. Terowong ni laluan dia berkerak sendiri. Ala-ala escalator kat KLIA tu. so ko berdiri diam je, kerana nak tengok ikan tu swim atas kepala kau, dan dapat menyaksikan dia berenang perlahan dengan rentak nya tersendiri/ masing-masing. Tak payah jalan atas lantai tu... Semua ikan besar-besar. Ada penyu jugak dalam tu. Sangat gedabak, 2 kali ganda saiz bantal tidur tu. Ada ikan lain-lain jugak yang budak akan teruja. Aku malas nak explain, ko pergi sendiri. hahaha. 


Dan lepas terowong ni, berakhir la explorasi Aquaria. Mengambil masa 2 jam, termasuk cari parking, lepastu cari pintu entrance. Sebab waktu aku pergi tu, memang leceh, SOP bagai, pintu masuk semua tutup, ada satu je tempat nak masuk ke convention center tu.

Lepastu kitorang pergi food court KLCC. Tak sure yang tingkat berapa. Signature mungkin. Okey aku ni tak suka bawak duit. Lebih suka e-wallet. Masalah besar bila kat food court ni, e wallet tak leh pakai (tahpape, takcanggih betul, pasar malam kg baru pon boleh ewallet, gerai tepi jalan pon boleh weyyy) aku terpaksa keluarkan card, bawak wallet semua. Sebab aku memang cashless. huhuhu. 






Masa ni sebab awal lagi, kami terus buat keputusan pergi KL tower, alang-alang nak check in pukul 3 karang di hotel berdekatan.


OK tak ramai lansung. Sebab weekday, pukul 1 tengah hari. Aku beli tiket yang terus ke observation deck tu dan cari surau. 

OK nak masuk sini ada lif lain. Semua staf dia jaga. Mungkin sebab SOP. Takut macam-macam.

Anak aku tak gayat




Stokin boleh pakai, kasut je tak boleh. Aku rasa sebab nanti comot laaa ada smear kasut kat situ. 



Lansung tak de orang wey!.
Glass deck ni ada dua, dua- dua aku pergi, saja nak tengok view berbeza. 



Ada cafe kat sini. Tapi kami dah kenyang, tak teringin pon. Ada donut je aku nampak hehehe. 

Ok yang tadi tu tingkat atas sekali, yang ni bawah sikit. Ada tempat tengok ni. Sini ruang ber aircond. Puas la anak aku tengok bandar KL. Apa yang best pon aku tak tahu. hahaaha


Okey da kepenatan, jom rehat. 

Minum petang, cucur udang dan keropok lekor tenganu. 



Malam tu aku order Dominos Pizza XL 2 kotak dan Sturbuck je

Swimming esok nya, sebab petang semalam hujan lebat.


 View di tingkat 9. Tepi pool.


Keesokanya kami ke tingkat 39, sarapan pagi.



Anak-anak biasanya enjoy the cereals je. Walaupon kat rumah ada!

Aku suka telur dadar dan cheese 



Croisant tu aku belah sumbat telur. Ok kenyang. dan Americano 



Bilik kali ni besar sikit dari yang tahun lepas. Aku pon tak ingat la aku click apa kat agoda. Tengok-tengok rupanya lain type. Yang penting ada dapur lengkap jugak.



Next checkout 

Lepas puas main pool pagi tadi, kami nak lunch di ikea cheras. 
Sambung next entry! untuk keesokannya.






























Comments