Jalan Cameron-Taiping-Penang-KL Sept 2020

 Mula-mula ke cameron, pilih weekdays, pon sama. Tetap sama ramai orang. Waktu tu mungkin orag banyak duit, ye lah, moratorium pinjaman kereta masih dalam operasi. So, ramai banyak duit. Kami bertolak sebelum subuh. Macam biasa, memang suka start pagi. Berhenti solat di R&R dan breakfast bekal. Sebenarnya makanan pagi dan tengah hari dah siap dari rumah, Sebab tak suka makan di kedai.Eh bukan tak suka sangat, cuma tau susah nak cari yang memenuhi citarasa. 

Ni bekal nya, roti sosej, keropok lekor, dan satu lagi tak ingat bawak apa. Senang, handy. makan tak comot sangat. 

Selepas solat terus ke BOH sg. palas. Nampak macam ramai, tapi tak ramai sangat. Sejuk. Parking kat bawah je. takde alasan nak naik atas kecuali mengandung macam dulu- dulu. 

Ni Kami da siap makan, ni kawasan antara dua cafe boh, menghubungkan yang baru dan lama.

View



Order 3 jenis air dan beberapa kuih / kek


Ok la buat snack. Harga standard bakery. Tak murah tak mahal.

Perjalanan ke atas, mula-mula tadi.









Anak aku D , tak suka bau teh. Ada kilang proses daun teh tepi tu. Baunya macam bau inai. Dia tutup hidung masa lalu belakang cafe tu.





Ok, ni dah nak keluar dari ladang teh. Kami nak ke tempat petik strawberry. Kami pilih S corner. Keadaan jalan raya sangat banyak kereta, susah nak buat pilihan. Sebenarnya kami ada pilih satu tempat, tapi keadaan kereta yang penuh, jam teruk, susah untuk cari tempat pusing-pusing guna waze.

Tempat ni, kene bayar, baru masuk. Berpagar.


D, happy dapat petik, gunting strawberry.


NI, pekerja S corne bungkus dan kirakan. Kalau tak cukup dia tambah. Dia banyak stok kat sebelah tu.

Ok dah penat. Nak lunch. Kami plan nak pergi satu tempat picnic ni....


Haaaa, ni dia. Sekali tutup sebab PKP. UUUUUU.. Ramai kereta u turn balik. NI dekat area tanah rata. Memang banyak premis makanan sebelum sampai sini. Tapi sebab kami dah bawa bekal dan memang niat nak picnic. Sebab D dia tak suka tempat ada manusia. Haaa paham tak, hatta kenduri pon dia tak suka. 


Okey kami sampai kat kawasan jam besar ni. Picnic kat sini


Tu aku da masak ayam kicap rasanya

NI kek viral tu, beli depan balai polis brinchang. Aku jumpa masa pusing-pusing cari tempat strawberry. Beli la nak rasa kek sponge ni.Rasa biasa je, Rasa kek sponge biasa. 

Ni perasa durian dan coklat


Nampak tu pinggan pon bawak, sudu semua

M sewa basikal dengan I. Murah je..RM 5 rasanya. 

Ok ni gambar sebelum jatuh dalam lecak,eh tanah tu takdela kering..berlecak. sebab kawasan lembab kot. tapi tempat basuh memang disediakan disitu. Penjaga taman dan sewaan mainan ni macam dah tahu, ramai pengunjung akan kotor selipar, kaki dan tangan lepas bermain di taman ini.

D malu-malu naik kereta mainan sewa. Biasala dia. Masa ni ada budak-budak lain jugak.

Eh ada batang buruk mamasab. Kawan aku Yanti bagi bekal.

Ni homestay 3 bilik kami. RM 250. Booking melalui whatsapp dengan owner. Homestay berdekatan di Jalan Tengkolok. Tanah rata. Apartment Makmur Jaya Cameron, kalau tak silap. Cantik, tapi kepam laaaa. Berbau bantal dan selimut. Aku jadi geli sangat. Bau orang sidai tapi tak kering, lepastu lipat simpan dalam almari.

Tv berfungsi.

Ok bersih


Cairkan coklat



Bawak dari rumah. Senang. Sebab belum tentu coklat yang dijual kat s corner  tu sedap. HAHAHAHHAH
Ok kami rehat. Petang tu kami bersiap mandi awal. Homestay tu ada air panas. Air laju, okey la. 
Towel disediakan.

Ni ada steamboat bawah apartment tu, Highland Steamboat and Cheese rasanya namanya. Tapi kami tak jadi pergi cawangan ni, sebab tengok tak best. Mcm tak banyak pilihan. Kami pergi cawngan lagi satu.

Ni kat cawangan lagi satu. Berdekatan dengan Mardi. Kalau nak google, google Highland Steamboat and Cheese 2. Yang ni tempat luas... lagi banyak pilihan. 

Aku ambil smoke duck dia.Masyaallah sedap sangat!
Ni aku tak tau apa nama dia..Tapi dibuat dari telur.

Anak aku makan aiskrim je , lepastu kon tu tercampak. Adoi

Air dia memang gelas nesar weyy..Ada rootbeer. Ad juga aiskrim disediakan. Tapi kan..Jangan la korang tamak.. Kenyang makan, mesti tak larat nak habiskan air ni.

Ni la laluan belakangnya, cantikkan ofis dan tandasnya

Ni depan tandas.hahaha

Mungkin dia ada buka slot strawberry plucking kot. 

Anak-anak aku tertarik la dengan hiasan macam ni


Betapa ramai orang. Masa Ni sept 2020


Anak aku da penat, nak main, ramai pulak orang. Ya, dekat sini ada small play area. Ada benda yang boleh masukkan duit dan gerak² tu.. Apa ya..yang bentung kambing, kuda , kereta tu.. apa tah.lepastu ada lagu2 lepas kita masukkan duit. hahaha..budak² kan suka naik benda tu walau nampak sia².



Ok nak balik da. Cross jambatan kecil ni

Ni stage depan kedai


 Esok paginya lepas breakfast, dalam pukul 10 turun. Ya ampunnnn. Jem teruk jalan nak sampai ke Taiping. Tapi otw tu ada berhenti di Royal Berry. Bayangkan pukul 10 keluar, pukul 12.30 baru dekat royal berry. 😣😣😣😣😣😣.

Ni dobi bawah apartment. Ohana namanya


Ni beli kat Roya berry, tak ingat pulak berapa rm. Rasa 1 set Ni RM 10 kot

Tambah shake strawberry ni. Request tak nak gula. Fresh Milk je.

Scone ni aku pon pandai buat.tp bila kat cameron kan..Feel dia lain sikit. hahaah. 













Ni gambar depan highland Steamboat Cheese


Eh, okla..Sampai sini saja entry pasal ni. Esoknya kami ke Taiping. Zoo taiping....
Ni bahagian shoplot bawah Apartment Makmur
 Jaya



Comments