PKP 1.0

Apa korang buat masa PKP 1.0. Ini lebih kepada throwback pkp 1.0 semasa pkp 2.0. Yang banyak aku buat kuih raya. Banyak betul, walau masa tu belum puasa. Tapi kuih raya dah standby. Tak tahu kenapa. Lepastu baru tahu. 1. Sebab pkp 2. Itulah tahun terakhir aku dengan umi.  Aku bagi umi semua kuih raya, majority nya dekat rumah BJ. Umi suka makan kuih bangkit tu.


Ni pulak kek batik. Pakai marie gold tu sedappp. Erm, cara aku buat kek batik pakai choc compound berlys. Pakai heavy cream, nescafe, dan sedikit majerin. Baru rasa choclate sedappp.

Susun dalam balang, sikit-sikit je. Untuk shooting. 

Malam terakhir puasa. Susun biskut raya buat sendiri. Dulu-dulu masa kecik buat ni. Tapi anak aku tak merasa, sebab semua beli sekarang. Jarang buat. So bila aku buat sendiri kuih raya, baru rasa seronok susun tu. 

M nak buat semua

Bahulu paling sikit dalam balang, sebab paling banyak masuk mulut masa masak.

Rendang ayam kampung, plan nya untuk MIL, aku bawa satu bekas besar rectangular tu. Separuh bawa pergi rumah BJ, dan yang lain simpan stok sendiri. MIL aku bukan makan  banyak  pon rendang. A cakap, diorng jarang ber rendang sangat. Selalu kuah kacang je. Tak macam family aku, pagi raya mewah semua jenis rendang. Ya, aku dan A dua budaya yang sangat beza. Walau dalam IC melayu. Banyak perkara aku belajar. Masih dalam asimilasi. Perkahwinan ialah perkara yang rumit, lagi-lagi ia melibatkan kefahaman keluarga besar. Banyak perkara aku pertikaikan dalam hati. Ini kerana kami mempunyai dua budaya/adat berbeza.

Bahulu. Sekejap je habis

Buat banyak, bahagi sebalang kecil untuk Inlaw. 

Ini pon aku buat bahagi untuk 3 rumah. Rumah aku, in law dan BJ. 

Ini pon, ada aku bagi adik beradik aku jugak. Well untuk inlaw tak banyak sangat 

Kek pandan. Letak gula melaka

Buat swiss cream je

Rupa kek batik aku bila dah potong

Biskut tembikai. Tak berapa puas hati.

M bangun sahur, lepas sahur terus buat. Tak nak tidur.

Kembang wierdly

Lupa nama

Ok ingat dah. Tepung pelita modern


Karipap resepi kak nas kulitnya tu. Sedap. Letak shortening.

Percubaan buat kelim. Aku bukan pandai sangat pon.

Ini je lah yang aku ingat. Journey buat kuih raya sendiri. hahah.


Sekian, sekarang pkp 2.0 pulak.

Comments