Cara Kemas Beg Nak Travel Anak Kecik Ramai

Nak kemas beg ni memang pening kepala, lagi-lagi ramai anak kecik. Kita akan ada perasaan nak sediakan baju extra. Tapi selalunya memang ter extra dan penuh je beg. Lepastu lagi satu aku xsuka bawak baju yang bergantung. Bagi aku selekeh kalau travel bawak baju bergantung-gantung dalam kereta. Hatta towel pon bersidai dalam kereta 🤦😆.



Caranya mula-mula

1. Letak satu set baju untuk check out, tak kira la kau tidur berapa hari. Letak tepi. Kalau aku, laki aku, anak 4 orang dan aku. Lengkap termasukla spender, stoking, tudung, semua lengkap.

2. Sediakan sepasang baju tidur anak-anak. kalau aku 4 pasang la. 

3. Sediakan baju semasa dalam percutian. Sepasang baju siang dan sepasang baju malam. Untuk Anak-anak. So aku ada 8 pasang

4. Sediakan baju semasa percutian (Baju siang je) untuk aku dan laki ku.

5. Sediakan baju tidur untuk laki aku dan aku. Letak tepi

6. Sediakan pakaian dalam 2 helai each laki bini, dan stoking sepasang masing-masing. Kalau aku ad stongan.

7. Sediakan telekung sahaja dan kain pelikat. Normally sejadah dah memang ada dalam kereta. kau semayang ke tak!?. 

8. Sediakan pempers anak-anak secukupnya

9. Sediakan toileteries. 1 shower gel yang 3 in 1 kalau aku laa, aku pakai yang tu. Kami anak beranak 1 jenis sahaja. berus gigi, ubat gigi, sikat, aloe vera gel untuk apa-apa dryness atau masalah kulit, minyak sapu/urut; aku pakai minyal nonaroguy, dan hand sanitizer. Gunting dan ketam kuku. 

10. Sediakan kain batik 1 helai untuk mandi.

11. Sediakan satu set persalinan baju emergency anak-anak. Kalau aku, aku sediakan satu baju anak laki, satu baju anak perempuan, pempers utk 2 anak perempuan tu sebab mereka masih pakai pempers.So total 2 pasang baju yang boleh pakai siang/malam dan mesra saiz 4 orang tu. Maksudnya baju lelaki tu boleh interchange each other, begitu juga perempuan



Seterusnya kau pergi la kedai beli satu jenis beg ni. Namanya beg travel. Sejenis plastik boleh compress dan berzip.



No 1 & 2 ko combine kan dalam satu beg. 
No 3 satu beg
No 4 Tak payah beg, sebab baju ni ada seluar laki aku dan aku, dah bergosok tak boleh compress
No 5 & 6 combine satu beg
No 7,8, 9, & 10 semua beg masing-masing. Jangan combine
No 11. Satu plastik khas. 

Nampak macam banyak kan. Tak la. Nanti hidup kau bertambah teratur dengan cara ni. 


Lepastu ingat sediakan Baju kau nak Check In..Iaitu baju ko nak pakai esok nak bertolak tu. Sediakan. Letak tepi. Esok pagi ko mandi ko pakai la.

Beg sekolah yang dibawa 2 biji. Satu aku jadikan handbag, letak barang beharga semua, charger, power bank jika ada, beg emergency no 11 tu, botol air masak, sabun gel botol kecil 1, kain towel kecil untuk anak jika ke tandas semasa dalam perjalanan. Bagi aku selekeh bawa handbag masa travel ni. Aku banyak benda nak pegang. Anak lagi. Macam macam. Beg lagi satu letak pempers, toileteries dan biskut-biskut anak. Haaa.Jangan lupa plastik sampah, plastik dobi baju kotor, plastik bersih lepas mendobi.

Waktu nak mendobi ?!. 
Waktu pagi la. Waktu anak-anak tidur. Kalau aku lepas buffet breakfast/ tak buffet pon takpela. Kalau hari tu aku banyak tidur homestay. So lepas masak dan makan. Laki aku keluar pergi dobi yang berkaliber. Hahaha. Yang elok la. Yang ada sediakan sabun. Seeloknya yang pakai mesin electrolux. Sebab dryer nya elok mesra untuk pelbagai jenis kain.Aku la suka bab tu. Korang kalau suka dobi lain, takpela. Ingat, jaga keselamatan masa mendobi. 


Balik dari dobi, baru lipat kain elok-elok. Simpan balik di plastik yang telah kita atur tadi. 

So boleh la check in lagi seterusnya kemana -mana ko nak pergi. Beberapa hari pon takpe. Janji jangan bawa baju kotor kehulu-hilir atau gabung baju kotor. 

Sekian,
Cara masing masing.

Comments