@ Mohd Chan Abdullah Restoren

Salam rakan-rakan, kali ni saya nak paparkan menu di restoren Chinese muslim ini lagi...aritu saya ada paparkan, tapi masu tu makanan lain...so yang ni saya baru cuba semalam...


Lemon Chicken- sedap...apa yang best dia bagi bahagian boneless leg (BL) iaitu bahagian ayam yang sedap..selalunya bahagian BL ni digunakan dalam proses membuat burger zinger KFC, contohnya...so berbaloi la dengan harga..RM 12.00 satu pinggan..


Ni dia saiz hidangan satu pinggan tu..nampak tak kuah warna kuning-kuning tu..ermm rasa dia masam2 manis..lemon la katakan..tapi entah berapa kali rasa..baru dapat detect, rupanya rasa sunquick..hahahaha..tapi memang tu kot cara masak dia..so, saya tanak komen ape2..
sebab ayam dah rangup dan kombinasi lemon (sunquick) tu memang sedap.


Loh Hon Zai- sayur campur...


Harga : RM 12.00


Ham Choy - Sup Taufu...


Sedap dan banyak sangat..padahal saya dah order saiz kecil..terkejut gak la bila sampai..dalam ni macam-macam ada..takdelah macam pergi kedai melayu yang kedekOt gila..bagi sup kosong letak tauhu letak bawang besar setimbun..haahh..tu kedai  melayu je la kot..tapi yang ni..sume ada..cendawan, baby corn, udang, isi ayam dan lain2..rasa dia ermm rasa macam sup, tapi saya dapat rasakan ada sayur yang dia letak tu sayur jeruk, sebab ada rasa masam-masam masin..erm..

Harga: RM 6.00

sekian saja..ni la ape yang saya makan..
p/s: nasi putih RM 1.20, air suam RM .30..so pandai-pandai la kira

total saya makan RM 40.60

Comments