Etok

Namanya sangat pelik, tapi ini ialah salah satu jenis haiwan sungai yang boleh dimakan dan dijadikan makanan ringan yang kebanyakan orang kelantan atau pantai timur tau dan kenal. Ia sejenis kerang-kerangan yang dikutip di tepi sungai dan dicelah-celah pasir.
Lepas kutip, mestilah basuh dulu, lepastu akan digaul dengan bahan-bahan untuk nak peram seperti halia, bawang, dan macam-macam lagi. Lepastu dibakar , atau ada juga yang hanya dijemur tengah panas dan terus dimakan begitu sahaja.
Ia dijual dalam paket-paket kecil seperti gamba diatas, Al-Scheira hanya beli sebungkus, dan makan seekor etok je, pastu terus buang, sebab rasanya lebih teruk dari kerang. hahaha..saya allergik la ye makanan seperti ini. Sekian.

Sebahagian info saya dapat dari http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=680228 

Harga: RM 1.00
Lokasi: Sekitar kelantan

Comments

Che Kay said…
hahaa sian schiera...

tetiba aku teringat katon dulu2. yang schiera dengan unicorn tu. erm ko tak ingat kot. sebab masa aku kecik2 ko masih lagi nama abdullah! hahahaha