26 December 2011

Mini pavlova


Pavlova kecil, kegemaran budak-budak..

Kek Tiramisu

Perkataan tiramisu berasal dari perkataan itali, bermakna 'amik la saya'...'pick me up'...huhuhu...ia dibuat dari jejari perempuan(hahaahah)..ladyfingers la...yang dicelup dengan kopi..dan dilapisi keju!!!...

ini ialah koleksi tiramisu pelbagai bentuk yang sudah diubah rasanya- ikot kreativiti kami la..


Masa baru-baru keluar dari peti ais


Birthday al-afnanin


Birthday al-khadijah


Ikat dengan reben, penambah seri..


Yang ni dilapisi blueberry..

sekian...sahaja..babai..;))...

Play-dough

Assalamualaikum, disini dipaparkan koleksi gambar play-doh adik beradik Al-Scheira, Al-Sofiyyah...


macam real kan....


Memang real pon..hahaha


al-sofiyyah yang buat ni..umo baru 3 tahun...kite sediakan dough , dan rolling pin dan sausage je..


5 jenis roti pelbagai jenis, kiwi, blueberry, strawberry, sosej, dan gula..


OOhh..sekian..saya tak tau nak tulis apa..


and ini ialah stupid cat belongs to stupid neighbour..opps..the cat is not stupid, but the neighbour..
our neighbour had 20 cats, stray cats, they collect and nursing them, provide them home..but the cat always cat, jump to each house- poo-ing and pee-ing. Now they add wire fence on the gate..about 1 m..
like these pics, (taken from upstair)





unfortunately, when you have brain stored in your zip-pocket........
the cats still can survive and visit other houses doing the same routines.

caught him inside our house! AGAIN ..after pee-ing on the bed last month
 sekian,
we dont mind you have thousand cats-as long as you know how to treat them well without causing any trouble to all the neighbours
...


luar topik

04 December 2011

Puding Trifle

Diwaktu yang bosan dan membosankan, maka saya pon bukak peti sejuk..dan ternampak puding trifle.. mak Al-Scheira yang buat..


Sedap dimakan sejuk...



Ia hanyalah, kek gulung, castard dan cream dan cheese dan buah -buahan..campak2 dalam cawan..maka jadilah macam ni..hahaha..

Okey ..

Sekian..sekadar tatapan korang..nanti bulan puasa bukak la blog ni lagi..hahaha

Kek Merah baldu ( Red velvet) @ kek Fazriz

Hai..lagi gambar kek..erm..namenya Kek Merah baldu..haha..macam tak seswai je name tu..tapi hakikatnya memang name macam ni..kek ni bewarna merah sangat..ada gak orang yang tak biase dengan kek, kata warna dia meragukan..hahaha..biarla dia..itu pendapat dia..( ko tak reti makan itu ko punye pasal)..


Mari saya jelaskan kek ini... 
Ianya bewarna merah dan disaluti dengan keju ,campuran pelbagai jenis keju untuk rasa yang menarik.
Setiap lapisan juga disapu dengan cheese.

Pelbagai jenis warna cream lapisan luar kek ini mungkin ditemui dibeberapa penjual kek, contohnya ada yang warna sedikit kuning, atau creamnye nipis..tetapi itu hanyalah rekaan masing masing. Ada yang menggunakan 1 jenis cheese, dan ada juga pelbagai jenis cheese..dan ada juga kek yang keras dan kering

Apa yang kami sediakan ialah seperti didalam gambar, kek dijamin lembut, dan disaluti cream cheese dan campuran cheese2 lain..


Maka dengan itu, kalorinya juga tinggi, sepotong sudah mencecah 500 kcal ( bersamaan sepinggan nasi dan ayam goreng)..

Harga untuk kek diatas ialah RM 65/ 1.8kg

Boleh ditempah 4 hari sebelum tarikh penghantaran
(Hari ahad sahaja)

( cheese yang digunakan ialah cheese buatan sendiri dari Kek Fazriz dan Al-Scheira)

sekian terima kasih..hehe.
selamat mencuba

dijamin halal dan bersih 

Kek Lobak Merah ( carrot cake) @ Kek Fazriz

Ini ialah beberapa kepingan foto bulan november...


Ini ialah carrot cake, tetapi atas permintaan pelanggan -maka ianya dicipta macam ni..yang warna hijau tu ialah cheese ..


Susunan diatur oleh Al-Omar..adik Al-Scheira..


Dan ini ialah carrot cake yang biase dijual oleh kami..yang ni beratnya 850g,..
harga RM 28.00..
Tempahan boleh dibuat dan 
dihantar hanya Hari AHAD ..

Sekian, selamat mencuba

dari Kek Fazriz dan Al-Scheira

Steak @ Windmill

Salam kepada penggemar makanan....selamat kembali membaca blog Al-Scheira keh..hohoho..saya sangat la takde masa nak update blog2 ni..kali ini dipaparkan sejenis makanan..yang rasa nye..biase-biase je..nama nye steak..dalam bahasa melayu- ermm..saya tak tau..


Erm..harganya RM 40 kot..da tak ingat jugak..saiz besar..kalorie harus lebih 500kcal..dan membahayakan ..jangan amalkan pemakanan sebegini selalu..
Dihidang dengan kentang yang besar,(soft cream tu patot letak atas kentang), jagung..dan sayur..nampak kecik dalam gambar, hakikat nye banyak..untuk orang berperut saiz XXL..


Rasanya biasa , tapi okey..Okey sebab dia sudah mengikut piawai pemasakan steak yang sebenar ( bahasa melayu yang salah ni) ..haha..asas masak steak bukan marinate lame-lame sampai 10 jam..cukup sesaat sebelum goreng atau pan fry tabur dengan garam dan lada hitam, sebab kita taknak jus sebenar daging ni hilang..

Dan juga kalau pan fry steak ni..tak payah la nak balik2 kan daging ni 10 kali atau 16 kali sampai masak..maksimum 2 kali je,..sebelah daging tu dimasak dalam 5 minit, sebelah lagi 4 minit,..trus angkat, makan..cek la dulu da masak ikut selera ke tak..( nak tau cara steak da masak-tanye cikgu ajar memasak korang time skolah dulu, kalo dia tak tau..no comment!)

Saya suka yang separa masak, berdarah-darah lagi tuh..hakhakhak...fuhh..
sedap woo!!

sekian..


25 October 2011

Big Taste @ seksyen 7, Shah Alam

Salam semua..saya da lama tak update blog..sebb da lama tak g makan tempat yang lain dari yang lain...kali ini saya nak cerita tempat yang saya pergi baru-baru ni..dan juga sedikit nasihat yang berguna...

MALANGYA, SAYA TAKDE GAMBAR MAKANAN YANG SAYA ORDER..

-Salmon sandwich
-Rib eye Steak
-Spaghetti 

Ini gambar dapat dari google image

Kami bertiga tertarik yang amat kat dekorasi kedai ni..sebab tu ter-masuk dalam kedai ni..

Selepas proses memesan makanan selesai...maka sampai la makanan nye dalam pinggan yang berat..

Malangnye: Spaghetti tu macam ko beli sos dalam tin, ko cairkan, pastu tambah CARROT...hoh..rasa tak sesedap pemandangan dalam kedai..BIG L= LOUSY 

Rib eye plak bukan seperti rib eye, mungkin dia tak kenal mane satu rib eye..mungkin juga kepingan daging yang murah..tahukah anda memang terdapat sendikit penipuan dalam menjual daging2 untuk steak ni?..kalo sape tak kenal atau nak untung lebih mungkin dia pilih yang ni..
tapi ape-ape pon..TAK SEDAPPPPPPPPPPPPPPPP...

Seterusnya, salmon sandwich: B#$% betul ..kalo setakat ko pakai salmon dalam tin..ape lar yang BIG TASTE SANGAT WOI...nak letak harga RM 11.00 untuk dua keping roti, dan French fries..hohohoh..saya boleh dapat smoked salmon sandwich dengan saiz macam tu dengan harga RM 4.00 sahaja...

Inilah salah satu contoh kedai yang menjual LIFESTYLE,  bukannya MAKANAN...(al-nisah shafie,2011). Maka fikir-fikirkan lah kalau nak bukak restoren tu..MAKANAN TU YANG KENE SEDAP..PEGI SKOLAH BALIK BLAJA...jangan hanya KEDAI NAMPAK EXCLUSIVE TAPI PELANGGAN PULANG DENGAN CACIAN.

SEKIAN DARI AL-SCHEIRA YANG JUJUR

( ...lebih baik makan subway)

01 August 2011

Agar-agar Pelangi

Ni dia pencuci mulut, sesuai untuk berbuka puasa karang k kawan-kawan dan rakan pembaca sekalian alam..


Nampak macam berair je..ermm biase la..ni Al-adnin yang buat..memang tak cantik..hahahahaha


Pastu dia suruh amik gamba..(bajet best)..haha


Dan ini milo + bawah tu santan..lebihan bancuhan diatas..

sesuai dimakan waktu tengah hari..yang panas...

Kalau anda sedang berpuasa, sila tenung gambar selama 10 minit..

okey sekian 


dari dapur keluarga Al-scheira


Sarapan pagi-kentang dan sosej casserole

Setelah saya lame tak update blog...makanya, pada 1 ramadhan ni..tetiba nak update..hahaha..patutke aku update pagi2 ni..( patot sgt!!!! sambel gelak jahat)

Gambar yang akan disediakan ialah gambar lama..gambar picisan yang ada dalam kodak kamera..resepi ini didapati dari fancy club breakfast...ianya hanya memerlukan, telur,kentang rebus dan sosej sebanyak mungkin


ni gambar dari atas...selepas dibakar dalam suhu 175 darjah celcius...


Bila kita potong, nampak la kentang dan telur..eh lagi satu toping la dengan cheddar cheese sebanyak mungkin


dan ini dia..lemak dan berlemak dan berkhasiat..hahhaha

sekian dari dapur Al-Scheira

04 April 2011

Sushi & Katsu Ayam @ O-Shima Cafe

Salam semua penggemar makanan..baru-baru ni Al-Scheira telah dibawa ke satu kedai jepun. tagline kedai ni, 'makanan jepun halal'..pengusaha dia pon orang melayu..so saya pon pergilah..


Inilah set sushi yang saya makan, untuk 5 jenis ni, RM 7.00..ada promosi untuk sesetengah jenis sahaja..ermm...rasanya tak la sesedap kedai Sushi Raja yang lain..
kerana: 
  • Kemasan sushi yang tak menarik
  • Tiada sos kicap manis (Masin je ada..sepatutnya ada dua-dua baru sedap)
  • Sushi tuna mayo yang dihidangkan hanyalah tuna dalam tin sahaja, tekak saya dah bosan dengan tuna-mayo dalam tin



Dan inilah chicken katsu- sedaPPPPP..saya suka..tapi malangya saya tak suka ayam yang dibalut tepung itu..saya pon letak tepi biar kucing makan..
RM 9.90


Dan ini ialah serbuk lada jepun


sekian, kesimpulannya..saya tak gemar kedai ni mungkin kerana saya geli dengan pekerja didapurnya yang tidak kemas, selekeh, dan berpeluh-peluh, merokok dan tidak membasuh tangan selepas merokok..huhu..
Oshima cafe bernasib baik kerana menerima kunjungan Al-Scheira yang jujur dan cerewet...
yeay,,itu dia al-scheira dari Center Of Excellence food safety research..hahaha..ko ada? ko ada?

Lokasi: Shah Alam, depan plaza alam sentral (shah alam walk)

03 April 2011

@Dapur

Hai..ini ialah entry untuk memaparkan hasil masa lapang Al-Scheira dan Al-baidakh (adik al scheira) di rumah..


Ni dia sushi keluaran adik beradik al-scheira..first time buat..senget-benget


Dan ini Kek gulung buah.

hahaha..ini saje..nanti la..saya ada lagi gambar tapi dalam kamera adik saya..

Kerepek Durian Muda @ Bangkok

Assalamualaikum,..kali ni Al-scheira nak tunjuk satu dua tiga kerepek yang ditemui di bangkok..memang sedap..kat Malaysia memang tak sedap (kat MAHA korang bleh jumpe yang macam ni...tapi hampeh rasa Hampas)..sebab saya memang tak jumpe pon yang sedap seakan akan di bangkok @ thailand..memang diakui teknologi makanan mereka diasana lagi hebat dari kita ;(..


Nampak tak tu..dia tulis durian crispy chips..ni la durian muda..kerepek ni di goreng dan disalut garam..ce bayangkan..durian tu da manis lemak2 tambah garam sikit je..sangat berlemak..tapi mungkin ada yang konfius mcm ne dia buat kerepek sedangkan isi durian tu lembik..haa..itulah dia freeze dryer..sape tak paham, buat-buat paham..



Dan ini ialah, terang lagi bersuluh sebuah nenas..betul-betul sebijik nenas yang dipotong dan dikeringkan..rasa nenas asli masih dapat dikekalkan..ermm manis.. 


Ini gambar dekat..bukti ianya nenas..haha..


Dan ini ialah cempedak..bukan durian seperti di war-warkan di paket diatas..


Buah ni memang dikeringkan seketul-seketul..kalau nak tengok lagi dekat, sila klik gambar, maka tumbesaran akan berlaku..dan anda akan nampak dengan jelas struktur isi buah ini...

sekian..selamat datang ke Bangkok..

Makanan ringan @ mana-mana

Guten Abend mein Freund!!...kali ni nak paparkan sedikit gambar makanan kegemaran ku..



Starbuck Java Chip frap- Ice CreAm..huhuhu..sangat la KEgemArAn..yang penting ianya ice cream..1 pint saya boleh makan sorang..lepas tu bleh makan nasi lagi..haha..


Ini yougurt Pauls..pon sy gemari....Halal ye..


Dan ini Macaroon...tgh buat...da siap trus ngap..so tak de gamba..ini gamba dari dapur Al-scheira..

okey..herraus..danke schon..


02 April 2011

Ikan Salmon goreng

Hai semua...erm..saya sebenarnye tak tau nak buat tajuk macam mana..baru ni saya dikehendaki menilai beberapa pelajar dalam jurusan food services..so ini lah yang saya makan semasa peperiksaan mereka sedang berlansung..


Inilah hidangan nye..ikan salmon pan fried, kulit ikan salmon yang rangupp, kentang lecek @ mashed potato, sayur campur dan sos bawang putih..erm..okey2..sedap..tapi ad orang komen isi ikan tu tebal..ermm itu bukan salah cara potong..itu memang ikut saiz asal ikan dan bahagian2 nya..yang komen mesti tak reti debonning ikan ataw tak reti masak lansung hikhikhik..


Tiramisu-tak sedap pon..
Harga tiramisu: RM 9.50


Lagi skali..haha..sajeje...

Harga ikan salmon ni :RM 26.00

Sekian..sila kira sendiri total nye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails