Tapai

Tapai = Fermented Glutinous Rice

Tapai pulut, dibuat menggunakan ragi dan beras pulut sahaja.
Saya sangat pandai membuat tapai, dan sesiapa yang tak pandai buat tapai boleh la belajar dari saya. Saya telah menjalankan beberapa kajian tentang tapai secara saintifik.

Cerita-cerita dongengan orang-orang tua tentang pantang larang membuat tapai telah saya buktikan iannya TIDAK BENAR 100%+++. Contohnya, buat tapai tidak boleh pakai baju merah, tidak boleh dibuat sewaktu perempuan sedang datang kotor, dan tidak boleh diberitahu kepada ramai orang, dan bermacam-macam lagi pantang larang semuanya telah saya berjaya buktikan secara sainstifik ianya salah atau SALAH!.

Sekiranya anda ada soalan apa-apa sahaja tentang tapai boleh mesej saya disini. Saya juga boleh ajar buat tapai dan memilih ragi yang terbaik. Disini saya nyatakan sedikit tips mengenali tapai yang sedap dan manis;
  • Banyak air (selepas di peram selama dua hari, banyak air yang terbentuk didalam bekas)
  • Warna tapai selepas diperam masih bewarna putih, dan tidak kemerah-merahan
Anda juga boleh menyoalkan saya apa-apa isu tentang cerita-cerita karut mengenai tapai, dan saya akan terangkan secara saintifik ianya salah. (Kalau nak tulis kat sini nanti jadi panjang lebar sangat)





Comments