29 May 2010

Kuih Lapis

Kuih tradisional melayu, pelbagai resepi dan cara untuk membuatnya, Al-scheira tak nak mengulas cara membuatnya kerana ini bukan blog cara-cara buat kuih...
 Ape yang menarik, Al-scheira suka makan dengan membuka setiap lapisan itu..huhuh..ntahla..macam nikmat je bukak setiap lapisan itu dan makan!...huhu

Sekian, dari dapur adik Al-scheira

28 May 2010

Jeruk Buah

Selalunya orang pompuan suka jeruk buah ni...Al-Scheira suka jugak, tapi jarang makan, selalunya tengok orang makan je...

Banyak pilihan kan!!..sape-sape penggemar jeruk mesti tak taw nak mane satu, tapi selain dari jeruk ada jugak buah segar biasa, Al-Scheira tak beli pon time ni,,sajeje amik gambar..( Saya lelah, tak bleh makan sangat hehe)
Sekian dari saya...;)

Roti dari BreadStory

Sajeje nak paparkan bentuk-bentuk menarik sebijik Roti...

 heheeh

Sedap taw!!

Ikan Bakar

Hidangan ini memang digemari masyarakat di Malaysia ini sejak turun temurun lagi. Ia sedap dijadikan hidangan diwaktu tengah hari sewaktu perut tengah lapar..( mesti la lapa) dan dimakan dengan nasi putih, kalau ikut selera saya, saya nak ulam ...haha...


Apa-apa jenis ikan pon boleh dibakar ye, kecuali ikan bilis..hoho..lepastu, selalunya ada bermacam-macam cara orang nak sos untuk ikan bakar ni, ada yang bagi air asam, kuah kicap+ cili padi, atau apa-apa je la yang korang nak..

Gambar dirakam semasa makan di Kg.Baru.

Salad

Elok taw makan sayur-sayuran mentah ni..atau dalam bahasa jawanya -SALAD...huhuh...seperti tips yang saye pernah bagi tahu sebelum ni, makanla salad/sayuran mentah/buah-buahan 15-30 minit sebelum makan.

 Salad tu kalau nak nampak menarik, letak la tomato ke, jagung ke, cili ke, hirisan bawang ke, ape-ape la sayur yang bewarna warni, supaya selera je nak makan...hehe..ni gambar Sebelum dimakan Al-Scheira

RM 3.00

26 May 2010

Maggi Goreng

Hai kawan-kawan semua..kali ni saya nak tunjuk gambar maggi goreng plak..hahaha...maggi goreng ini selalunya hidangan diwaktu malas masak atau korang pegi kedai mamak dan pesan maggi goreng..ni bukan saya order tapi kawan saya-Al-nisah..

Sedap ke ek?..entah la..rasa megi la ye...tapi kalau seseorang tu tak reti masak tak sedap la...

okey

(saya bukan penggemar maggi sangat)

hehe

25 May 2010

Ayam Tandoori

Hai pelapar sekalian...


Ini ialah Ayam tandoori, nampak biasa je kan..tapi sedap sangat yang ini..saya dapat rasa rempah yang digunakan sangat mencukupi..(saya tahu sebab ayah saya pengusaha rempah ayam tandoori..okey jangan banyak tanya..siapa yang kenal saya je tahu saya siapa)


Ni kuah untuk makan dengan tandoori ayam..kuah pudina...saya lupa dah macam mane nak buat....(nanti tanya ayah saya balik)

  Selalunya dia sediakan asam limau dan bawang besar...tujuannya ialah untuk diperah diatas ayam tandoori dan....
Ini dia...cara makan dia macam ni...selekeh kan saya makan...hahaaha...masa makan tu, amik sikit ayam cicah dengan kuah pudina dan makan skali bawang tu..baru rasa tu blend dalam mulut, kunyah 40 kali..baru kamu semua dapat rasa sedapnya ayam tandoori...

Sekian..

Roti Naan

Hai semua yang sedang lapar dan melihat blog saya..hehee..disini saya nak tunjuk roti cheese naan 

Hidangan lengkap apabila kita memesan roti naan..tapi yang ni, roti  cheese naan ,erm apa yang best sangat dengan roti cheese naan??..salah satu modifikasi roti naan yang bagi Al-Scheira tak masuk akal, tapi mungkin di malaysia ni (dan juga di India seperti kata rakan saya Al-Kia), mamak-mamak disini tepaksa modified ikut selera orang melayu yang perasan 'eating style' macam caucasian @ mat saleh ( hampeh padahal orang kampong  jek...)  dan pelanggan2 pon tertarik dengan perkataan cheese itu dan nak cuba benda yang baru....hahah maaf ya..ini ialah 'kutukan' yang bersasas!!


Hah..ada nampak tak cheese..cuba teka kat mane ada cheese tuh?..
Mungkin didalam nih?...herm..kesimpulannya al-scheira pon tak taw..tak wujud pon rasa cheese tu..sebab yang pasti mestilah mamak tu letak sikit je, kedekot nye pasal..haha..biaselah..orang yang beniaga nak untung dan tak ikhlas....( kutukan ni secara umum bukan maksud kedai mamak je..mungkin pengusaha kedai makan lain juga )

 Okey..itu sahaja..hahaah...saya suka gak roti naan..tapi yang original sahaja..tiada keju tambahan...





24 May 2010

Murtabak

KEtika kecik-kecik dulu saya suka Murtabak...tapi sekarang pon saya suka lagi...tapi sampai sekarang saya tetap suka murtabak kat kedai mamak Dawood je..ermm walaubagaimanapon di tempat saya duduk ni takde kedai mamak yang best...sume hampeh...kat kampung sy gak ( kg.kolumpo) banyak kedai best!!


Gambar A


Gambar B

Cube lihat gambar A dan gambar B...kedua-duanya murtabak..tapi gambar B menunujuk kan murtabak yang dah hangit...tak lawa lansung hidangan ni..tapi sebab lapa kadang-kadang SEseorang tu akan makan gak..(tanak membazir-mcm peragai setan kononya..padahal diri tu da mcm setan)

Gambar A pulah, ok la jugak...pandai mamak tu da siap potong. tapi malangnya rasa tak sesedap murtabak dalam gambar B

Dan lagi satu, Al-Scheira suka makan murtabak dengan kuah bawang+ sirap+ cuka itu sahaja..

Kesimpulan gambar A dan B...saya tak terliur pon tengok..;(..
maksudnya tak sedap...
Umi saya buat lagi sedap!!

22 May 2010

Chocolate sensation @ Theobrama Chocolate Lounge

Hai, kepada penggemar coklat!!!...sila lah ke kedai ini...anda akan rasa kelainan coklatnya...sangat la SEDAP!!!!!...saya suka COKLAT!!!.....hehehe..(Al-Scheira tak taw nak tulis apa sebagai pendahuluan)


heeheh...ini ialah Strawberry sensation, Al-Scheira sangat la terpegun dengan keenakan coklat itu...huhu..dan tanpa segan silu, saya ambil sudu dan ratah coklat itu sahaja..huhuh
RM: 14.90

 Black & White Berry Cheese: ..ini ialah kek okey...dan rasanya sangat sedap 100% kalah kedai ' Resepi Rahsia'...!!!!!!!!!....tak tau nak gambarkan macam mana sedapnya...;))))))))
RM 8.90
(anyway THanks to Foodstreet for the cake Priv !!!)

Keratan rentas kek: Lapisan putih itu ialah Cheese...

Spicy Ginger Fish Cake Spaghetti , sedap!...mesti cuba!!
RM 18.90

Tengok!!!..heheeh

Curry Chicken Rice, memuaskan...
RM 18.90

Akhir sekali saya minum air coklat ini...nama nye Fair Lady...apa yang istimewanya, sementara kita makan, air ni sentiasa suam ...dan time minum air ni pon saya sangat Kagum...air coklat nye lagi sedap dari mana-mana choclate drink yang saya pernah minum...seteruk-teruk coklat drink kadbury, hinggalah ke coklat drink yang mahal-mahal (tak bleh dinyatakan), saya rasa yang yang ni sangat la MEMUASKAN...
RM 12.90

Lokasi: Bangsar Village/ Pavillion/One Utama/The Curve

Roti Pisang

Saya nak paparkan roti canai yang didalamnya ada pisang....huhu..sedap, Manis pisang tu lagi menyedapkan...
Nampak tak pisang tu??...nampak kan...ermm...cuba bayangkan rasanye...

Dihidang bersama kuah kari, dan kuah dhal...

Sila tenung gambar ini lama-lama...hahahaaha


Nasi Beryani Gam

 Salam untuk semua, hari ni kita makan nasi beryani okeh....hehhe
Kedai ni kegemaran rakan-rakan Al-Scheira...
Hehehe...tiba-tiba dengan sengajanye saya memfokus kearah ayam kampung goreng berempah itu...

Sepinggan hidangan lengkap, apa yang istimewanya kedai ni ialah, saiz hidangan dia besar, maksudnya nasi banyak, dan ayam dia pon besar huhuhuh...kenyang gle.....

Sebenarnya banyak lagi lauk-lauk yang disediakan, contohnya, kambing, ayam berempah,ayam masak merah, ayam kari dan macam-macam lagi. Apa yang menarik lagi ialah harga dia sangat berpatututan, semuanya dibawah RM 10.00 ye kawan-kawan ku !...dan Sedap!!...

Kedai ini juga ada menjual menu pilihan lain seperti Soto, Mi Johor, Nasi lemak....


Hehehehe

Harga sepinggan (Nasi beryani Gam ayam kampung) : RM 6.50
Lokasi: Restoren Beryani Gam Anje, Sekeyen 15, Bandar Baru Bangi, (simpang selepas Petronas)

20 May 2010

Bihun Sup

Ni bihun sup ayam, Al-Scheira tak ingat makan dimana.Sajeje nak paparkan..supaya korang terliur

Sekian, saya penggemar bihun sup!!

14 May 2010

Makanan yang biasa ditemui ketika menghadiri seminar atau bengkel ver. 2

Menu makanan Pagi dan petang.Tengok la..dan sedia untuk terliur ye...

Ini bihun namanya, selalunya dicampur ayam dan sayur je, tetapi lagi sedap kalau ada udang, sotong sekali dan sayur yang banyak. Dan dimakan bersama sambal sotong...ahhaha...laparnye...
 Ini ialah kuih-muih yang doisediakan bersama bihun diatas. 


Ni makanan tengah hari, Nasi Minyak...

Ayam masak merah...nyumm

gambar yang sama..saja letak dua kali..hehe

Kurma daging

acar timun dan nenas


Papadom...

sedappnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails