28 April 2010

Stroopwafels @ Holland

Ini ialah kuih tradisional Holland, dan hanya terdapat disini sahaja. ia sangat la sedap. Ada macam2 cara bungkusan nye. Ni nampak macam bungkus berger je..huhu

Rasanye, manis sangat sebab setiap lapisan disapu dengan caramel pekat
 yang dicampur serbuk kayu manis dan mentega.
Jadi Kalau nak makan, kene makan sekeping2 la, macam makan biskut, tapi kalau makan panas2 kat kedai lagi sedap. kat starbuck pon ada. Kalau anda sempat singgah di starbuck atau mana2 cafe yang jual stroopwafels ni, boleh letakkan stroopwafels ni atas cawan kopi yang panas atau air coklat panas, jadi steam tu akan mencair kan caramel dalam stroopwafels ni..wahaah..nyumnyum...sedap gle...
Stroopwafels ni juga bleh dianggap macam energy bar jugak, bagi sesape yang bizi sangat sampai masa makan pon takde bleh la beli dan jadikan bekalan kat tempat kerja..tapi ingat..di HOLLAND je ad benda ni.(kot, Al-Scheira tak penah jumpe kat Malaysia lagi)..



Lokasi: Sekitar Holland

27 April 2010

Tempe dan Tauhu penyet

Saya suka tempe dan tauhu sambal, tapi ini tempe dan tauhu goreng biasa dan dicicah dengan sambal yang agak2 kebasian. Mungkin saya boleh cuba lagi untuk next trip saya ke Indonesia nanti.

Harga: RM 6.00
Lokasi : Banda Hilir, Melaka

Sotong Penyet

Saya tak taw kenapa nama dia sotong penyet, tapi bagi saya biasa je, sambal dia basi, macam yang semalam nye sambal. Sekian.Saya tak suke.Tapi saya suka tengok gambar sotong. huhuhu

Harga: RM 6.00
Lokasi: Banda Hilir, Melaka

18 April 2010

Sushi

Al Scheira bukan penggemar sushi walaupon sushi itu makanan. Tetapi kawan Al-Scheira seperti Al-Doyo, Al- Tash dan Al- Nash suka makan sushi sebab mereka pernah menetap dijepun beberapa bulan lalu semasa seminar budu dan cencaluk. hahaah
 Ini bukan sushi king.

Harga: RM 5.99

ABC supreme

Ape yang supremenye pon Al-Schiera kurang pasti, tapi mungkin kerana ada pisang tambahan kot, dan dicurahkan dengan cendol dan santan.
Sedap dan memang sedap, rasa berlemak sangat, dan kenyang
Mungkin anda boleh nampak apa isi didalamnya

Harga: RM 5.90

15 April 2010

Mr Kabab & Biryani Restaurant ( Pakistani and Arabian Cuisine)

Makanan kedai ni sedap, memuaskan, persekitaran yang bersih, kondusif, lawa, cantik, bersih..hahahhaa..ape-ape lagi la...kedai ni memuaskan citarasa Al-Scheira.

Kebab kambing

Kebab makan dengan roti nan ni ...

Biryani Kambing....sedap-sedap

 Makan dengan salad ni...dan

Sos ini dan  


Ini yogurt, campur daun pudina, Al-Schiera suka makan kambing cicah yogurt

Air pisang

Air Lassi....

 Harga semua: RM 42.00
Lokasi : Persint diplomatik





14 April 2010

Nasi Ladna

Nampak sedap, tapi tak sedap dan tak memuaskan tekak Al-Scheira, makan sesudu je, trus tolak tepi.

Harga: RM 6.00
Lokasi: Mines




07 April 2010

Bangi Village Steamboat

Kedai steamboat ini, bagi Al-Scheira, kebersihannya boleh bagi A, quantiti pilihan juga A, tetapi qualiti mungkin agak kurang kerana tomyam dan sup yang disediakan agak tidak memuaskan tekak Al-Scheira, kurang fresh food, banyak yang processed food. Perbandingan antara kedai makan ini dengan steamboat dekat sg.buloh yang pernah Al-Scheira paparkan sebelum ini, steamboat sg.buloh lagi berbaloi untuk pergi, kerana disitu,  peralatan BBQ and steamboat disediakan di setiap meja , tomyam nya juga sedap, ayam dan daging nya sudah dimarinate untuk BBQ.


Ni sume makanan yang ada, dan dimakan dalam 2 jenis sup yang memang dah disediakan
 Masak dalam ni la ye..
ais krim pon ada, amik je bape banyak yang anda mahu.

Harga: RM 19.90 (pilihan unlimited, makan la ape sahaja termasuk ais krim dan ABC)
Lokasi: Seksyen 7, BB Bangi

05 April 2010

Satay Rusa, Arnab, Ayam dan kambing, Kajang

Hidangan lengkap untuk makanan ini, kuah kacang, sambal (jika ada) bawang dan nasi.
Ok mari mengenali satay, dari kiri, warna kekuningan ialah satay ayam, selepas itu kanan atas skali ialah satay babat( Lemak2 bawah kulit lembu), diikuti 2 cucuk satay arnab, 2 cucuk satay rusa dan yang secucuk sahaja itu ialah satay kambing. Semuanya memuaskan ( lebih sedap dari satay samuri) kecuali satay babat. Al-Scheira tak pernah makan benda ni, pelik sangat.

Harga: RM 25 campur air kelapa. Secucuk Al-Scheira lupa nak tanya.
Lokasi: Medan Satay Zamzuri, Kajang (Berdekatan dengan Satay kajang Hj Samuri)



Ginger beef kuey teow

Al-Scheira suka yang ini, sebab pedas ada hirisan halia. Semua halia ni berjaya Al-Scheira habiskan
Banyak daging dalam mi ni, puas makan
 Minum ice lemon tea, erm sedapnye.

Harga: RM 5.00
Lokasi: Nyonya kitchen (Bukan nama sebenar), Setia Alam



Hokkien Mee

Ini la, hokkien mee. Al-Scheira tak suke sebab Al-Scheira memang tak suke, hahaha. Sape tak pernah nampak hokkien mee, ni la contohnya.

Harga : RM 5.00
Lokasi: Nyonya kitchen ( bukan name sebenar), Setia Alam



Kerang rebus

Kerang-kerangan, kegemaran Al-Scheira

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails