30 March 2010

Al-Jazeera Restaurant

Ini ialah restaurant yang menyediakan masakan Lebanese dan Arabian juga, tetapi sebagai penggemar makanan yang mempunyai citarasa tersendiri, Al-Scheira ingin membandingkan antara restoren masakan arab yang lain, restoren ini hanya skor 4/10 point. Sekiranya anda rasa masakan disini sedap, anda patut rasa masakan di Al-Rawsha restaurant pula, dan selepas itu anda dapat bezakan yang sedap dan yang kurang.Tidak banyak gambar yang Al-Scheira ambil kali ni, kerana sangat kecewa. Al-Scheira ad membaca beberapa komen dari blog lain yang pernah makan di Al-Jazeera, semuanya mengatakan sedap, tapi tidak bagi Al-Scheira., mungkin blogger itu belum pernah makan di Al-Rawsha. Ape-ape pon Al-Scheira menghargai apa2 sahaja yang deria rasa anda rasa.
Minuman malta vs mineral water, lebih baik minum mineral water.hahah
Chicken Mandy Rice, saiz hidangan sesuai untuk seorang.
Dimakan bersama nasi. Tapi selalunye Al-Scheira suka makan Mandy rice dengan yogurt. Kali ni pelik sket
Tak sesedap yang Al-scheira pernah makan ditempat lain

Harga: RM 33.00
Lokasi: Tak payah taw

29 March 2010

Chicken Mandy Rice

Sekarang Al-Scheira ingin memaparkan salah satu masakan kegemaran Al-Scheira sekeluarga, kami bukan saja penggemar masakan dari restaurant ini, malah setiap kali jamuan, kenduri kesyukuran, dan apa2 sahaja majlis makan-makan di rumah Al-Scheira, kami akan mengambil catering dari restaurant ini. Setakat ini, restaurant ini lah yang paling sesuai dengan tekak Al-scheira sekeluarga kerana kesedapannya. Jadi sekiranya anda ingin merasa masakan ini boleh la datang ke rumah keluarga Al Scheira, sekiranya ad majlis makan-makan,.. tapi, itu pon kalau anda di jemput, kalau tak..tak payah la datang ye, kang guard halau u olls....i pedulik pe..

Nama restaurant ni : Al-Rawsha, terletak di 78, Jalan Damai off Jalan Ampang.
(Kalau anda dari Hotel Nikko di sebelah kanan, straight je, lalu tepi Ampang park di sebelah kiri, jalan terus sampai jumpa shell, selepas shell ad simpang, masuk simpang tu, jalan terus, sampai jumpa masjid, diikuti sekolah cina, sehingga la anda jumpa kedai itu di sebelah kanan anda)

 Ini Baqlawa, salah satu manisan makanan arab. Memang manis, dihidangkan sejuk

Ini dia Chicken Mandy Rice. Salah satu masakan istimewa di mana-mana restaurant yang menjual masakan lebanese, dan Arab. Makanan ni memang sihat, sesuai untuk penggemar makanan yang menjaga kesihatan ..haha...makanan ni di masak tanpa menggunakan minyak tambahan, ianya di steam 100% bersama ayam. Maka rasa ayam meresap didalam nasik. Masa memasaknya juga agak lama. Saiz hidangan nye sesuai untuk dua orang yang perut kecik, sape yang perut besar satu pinggan da cukup mengenyangkan. Ayam dia sangat lembut,saiz ayam juga sesuai untuk dua orang.
Ni dia yogurt dan sambal tomato yang dihancurkan, dicampur herba-herba.
Ini ialah Arabian Salad. Campuran salad, timun, dan tomato yang dipotong halus , di gaul dengan minyak zaitun dan Za'ta..

Harga semua termasuk air: RM 60.00 (2 pax)



25 March 2010

Bugis Heritage Cuisine





Appetizer: acar penasa Bugis serve with keropok malinjau.
Yang dalam sudu tu acar nenas, yang lagi satu tu, nangka yang dah digoreng dengan rempah2 bugis semalaman,  rasa dia masam-manis-pedas. 



Hidangan utama: Ayam apporo, urang nasu gerek kalakuk serve with steam rice
(prawn cooked in coconut milk), ayam apporo tu macam rendang ayam je rasanya, udang tu pula masak dengan santan, so bertambah-tambah la lemaknya di situ.



Seri Kaja lobo 
(steam custard in pumpkin)
Yang ni memang sedap. Custard tu dicampur pandan dan dimasak bersama labu.Yang macam sos tu, ialah sos labu.


Harga: RM 20.00


19 March 2010

Bihun Sup

Ni gambar contah bihun sup ye, sape-sape yang tak taw ni la bihun sup nye...hahaha
Lagi gambar bihun sup...Rasa dia, biasa-biasa je..tapi tak nampak plak bihun nye...


Harga: RM 4.00
Lokasi: tak payah la taw, tak sedap


Mi Bandung Red Cube

Mee bandung ni sedap la jugak, tapi Al-Scheira rasa ada lagi sedap. 

Harga: RM 4.00
Lokasi: Red Cube

Mi kari Red Cube

Ni Mi Kari kat Red Cube UPM, sape yang ad kat UPM tapi tak taw tempat ni, Silalah Buka mata luas-luas la ye, jangan la kuno sangat. hahaha...Sedap mi kari ni, boleh tahan la...tapi kalau ad kerang lagi Al-Scheira suke.

Harga: RM 4.00
Lokasi: Red Cube, sebelah Black cube UPM

Cantonese mee fried chicken

erm tak menyelerakan AL-Scheira pon, ni makanan kat food court Alamanda,..Tapi Al-Scheira tak suke makanan kat food court ni. 

Harga: RM 6.00
Lokasi: Tak payah la tau, tak sedap


Sany Char Kuey Teow

Char kuey teow special, ad 5 ekor udang dalam ni, dan banyak sangat kerang, huhuhu...kalau skali makan mesti seminggu teringat-ingat...setakat ni, Al-Scheira rasa ini lah yang paling sedap.

Harga: RM 5.90 (Special Set)
Lokasi: Banyak cawangan, kat Seri kembangan, dan Seksyen 7 shah alam pon ada



18 March 2010

Chico Restaurant (Chinese Muslim)



Dim sum sharkfin--sedap2 la gak..tapi hiasan tak menarik lansung, erm..cara waiter hidang pon takde standard..(tak sesuaai)



Cuba tenung gamba ni lama2..hahaah..lapa tak?

Mi wantan ayam kot name makanan ni...mi digaul ngn kicap, pastu ad lada putih dan ketulan ayam rebus. Dihidangkan dengan wantan

Loh che fong

Loh che fong (ejaan sebenar da lupe)..sedap sangat..banyak la isi kandungan nye..udang sotong sume ad...,bagi Al-scheira, kalau kuah dia sedap, maka sedapla...

Laicikang

herm..tak sedap lansung, kurang manis, kurang isi...kaler je menarik warna-warni...

Harga: RM 22.50
Lokasi: Bandar Baru Bangi
Keseluruhan: Tidak memuaskan


Bagan Lalang Seafood

Ikan pari bakar + sambal

Ikan pari bakar; tapi yang sedapnye ikan ni digaul dengan sambal cili

Ni kerang rebus k...

Pepahat + kepah  masak masam manis telur

Nampak tak isi pepahat tu?...buruk sket bentuk dia ,tapi sedap la....rasa macam kerang sket, sedap dimakan begitu saja..

Ni sayur kailan ikan masin...best kan sayur ni..menyelerakan cara hidangan nye...

Harga: Jumlah semua RM 30.00
Lokasi: Bagan lalang, 
Name kedai: haha tak ingat lagi..

06 March 2010

Kuey teow hailam

Makanan ni pon Al-scheira masih tak jumpa mane-mane kedai yang bleh dapat 5 bintang, setakat ni sume ala kadar je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails